KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Boustead Plantations Bhd melonjak 462 peratus kepada RM241.29 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021 (TK2021) daripada RM42.95 juta sebelumnya, dirangsang oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih kukuh.
Hasil melonjak 38 peratus kepada RM1.05 bilion, tertinggi sejak penyenaraiannya pada 2014 berbanding RM763.05 juta sebelumnya.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin, ia berkata harga purata bulanan MSM tertinggi sebanyak RM5,159 setan direkodkan pada November 2021 dengan harga purata isirung sawit (PK) pula ialah RM4,139 setan.
Secara keseluruhan, purata harga jualan MSM meningkat sebanyak 54 peratus kepada RM4,341 setan dari tahun sebelumnya iaitu RM2,811 setan, manakala harga purata PK ialah RM2,922 setan, lebih tinggi daripada TK2020 pada RM1,628 setan.
Ia berkata pengeluaran buah tandan segar (BTS) 2021 sebanyak 923,471 tan adalah lebih rendah daripada pengeluaran setahun sebelumnya sebanyak 1.01 juta tan.
Mengikut wilayah, Semenanjung Malaysia mencatat keuntungan segmen RM185.3 juta, peningkatan RM98.5 juta daripada keuntungan RM86.8 juta sebelumnya.
Wilayah Sabah mencatatkan keuntungan segmen RM188.7 juta, melebihi RM60.6 juta pada TK2020, manakala keuntungan segmen wilayah Sarawak pula sebanyak RM16.6 juta, meningkat dengan ketara berbanding kerugian RM8 juta sebelumnya.
Bagi suku keempat (S4) TK2021, keuntungan bersih meningkat kepada RM85.14 juta daripada RM27.46 juta, dengan hasil sebanyak RM341.50 juta daripada RM227.62 juta.
Purata harga MSM bagi S4 sebanyak RM5,044 setan metrik adalah 52 peratus lebih tinggi daripada RM3,324 setan metrik yang dicatatkan pada suku terakhir TK2020.
Harga purata PK melonjak 92 peratus kepada RM3,855 setan berbanding RM1,852 setan sebelum ini, manakala pengeluaran BTS bagi suku ialah 248,328 tan adalah lebih tinggi sedikit daripada pengeluaran pada S4 TK2020 sebanyak 247,693 tan.
Melangkah ke hadapan, harga minyak sawit dijangka mengekalkan dagangan pada harga yang lebih tinggi memandangkan kekurangan buruh yang berpanjangan dan pengeluaran yang lebih lemah akibat hujan lebat baru-baru ini.
Boustead Plantations mengunjurkan stok akhir Malaysia untuk S1 2022 kekal pada paras rendah berikutan pengeluaran yang lebih lemah.
''La Nina yang berlaku sekarang di Amerika Selatan telah memberi kesan teruk kepada pengeluaran kacang soya. Baru-baru ini, kerajaan Indonesia telah melaksanakan obligasi pasaran domestik dan obligasi harga domestik manakala China dijangka menambah stok rendahnya selepas musim perayaan Tahun Baharu Cina.
''Faktor tersebut akan menyumbang kepada bekalan yang terhad dan mengurangkan kesan ke atas harga minyak sawit,'' katanya.
Dalam makluman berasingan, Boustead Plantations mengumumkan dividen interim keempat sebanyak 4.0 sen untuk TK2021.
Dividen akan dibayar pada 22 Mac 2022 kepada pemegang saham yang berdaftar dalam Daftar Ahli ketika penutupan perniagaan pada 11 Mac 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022

Harga purata bulanan MSM tertinggi sebanyak RM5,159 setan direkodkan pada November 2021 dengan harga purata isirung sawit (PK) pula ialah RM4,139 setan.
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera mahu beli BPlant, dianggarkan RM1.11 bilion
Ia bertujuan meneruskan tawaran am BPlant pada harga tawaran RM1.55 sesaham, tertakluk kepada kelulusan kawal selia, kata LTAT.

Bursa Malaysia gantung jualan singkat saham Boustead Plantations
Bursa Malaysia telah menggantung jualan singkat sekuriti Boustead Plantations Bhd sepanjang hari di bawah jualan singkat harian (IDSS).

33 peratus saham Boustead Plantations dijual bagi selesaikan hutang
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata langkah itu membabitkan jualan saham hanya sebanyak 33 peratus, dengan LTAT dan Boustead masih berpeluang menjadi antara p

Untung bersih Boustead Plantations naik 51 peratus
Ia hasil usaha dalam inisiatif prestasi hasil, khususnya dalam Program Penambahbaikan Prestasi Perladangan yang sedang berlangsung.

Untung bersih Boustead Plantations melonjak kepada RM241.29 juta pada TK2021
Hasil melonjak 38 peratus kepada RM1.05 bilion, tertinggi sejak penyenaraiannya pada 2014 berbanding RM763.05 juta sebelumnya.

Boustead Plantations catat untung bersih RM42.95 juta bagi tahun kewangan 2020
Boustead Plantations Bhd kembali meraih keuntungan dengan mencatatkan keuntungan bersih RM42.95 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020.

CEO bersara, Boustead Plantations lantik Azlan Jaafar sebagai pemangku
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BPB, Encik Mohamad Azlan Jaafar akan mengambil tempat sebagai pemangku CEO Boustead Plantations. Keputusan ini berkuatkuasa 31 Julai 2019.