SEBAGAI rakan digital pilihan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), Unifi Business komited membantu perusahaan PMKS untuk mengorak langkah terutama dalam mengadaptasi digital dalam perniagaan mereka.
Ketua Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran berkata melalui Geran Digital PMKS Madani (GDPM) ia berjaya membantu menggalakkan pendigitalan dalam meningkat daya tahan dan produktiviti operasi harian PMKS.
"Melalui geran tersebut, usahawan PMKS akan dapat melanggan pakej penyelesaian perniagaan Unifi Business dengan geran padanan 50 peratus sehingga RM5,000 dan ia termasuk ketersambungan Internet berkelajuan tinggi, Uni5G dengan penyelesaian digital seperti penyelesaian pemasaran digital.
"PMKS boleh mendapat manfaat besar dengan menerima gabungan teknologi digital dan inovasi untuk pertumbuhan," ujarnya dalam temu bual bersama Niaga AWANI pada Rabu.
Ujar beliau, Unifi Business telah membantu lebih 400,000 usahawan tempatan mendigitalisasikan perniagaan mereka.
Sementara itu, pemilik bersama Suria Pest Control, Tineshwara Rao mengakui perkhidmatan yang ditawarkan Unifi Business telah berjaya memperkukuh perniagaannya yang bertapak di Pulau Pinang.
"Sebelum ini saya hanya hebahkan perniagaan melalui platform media sosial dan pelanggan yang saya terima hanya sekitar Pulau Pinang sahaja.
"Selepas saya melanggan penyelesaian pemasaran digital daripada Unifi Business, saya terima permintaan pelanggan bukan sahaja dari negeri utara seperti Kedah dan Perlis, malah ada juga pelanggan dari Perak, Kuala Lumpur dan Johor," katanya.
Justeru, beliau menggalakkan PMKS di luar sana untuk mendapatkan bantuan, nasihat dan perkhidmatan yang ditawarkan Unifi Business untuk memperkukuh dan meluaskan perniagaan mereka.
Mengulas lanjut, Yusman berkata terdapat 600 pakar perunding Unifi Business yang bertauliah di seluruh negara yang bersedia membimbing PMKS merebut potensi dan manfaat teknologi digital untuk meningkatkan daya tahan perusahaan mereka.
"Bimbingan ini termasuklah khidmat nasihat penyelesaian perniagaan yang lengkap untuk kesalinghubungan perniagaan, kecemerlangan operasi dan peningkatan produktiviti termasuklah mewujudkan kehadiran dalam talian untuk menjangkau lebih ramai pelanggan.
"Program Bisnes Cemerlang anjuran Unifi Business Club sedang rancak diadakan di hampir 200 lokasi di seluruh negara sehingga Disember 2023.
"Dalam program tersebut, PMKS akan dibimbing oleh perunding yang bertauliah untuk melaksanakan pendigitalan dalam operasi perniagaan mereka untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi termasuklah Hab eDagang, Storan Awan dan Keselamatan Siber," ujar beliau.
Justeru, kepada mana-mana PMKS yang berminat boleh melayari ubc.unifi.com.my untuk mengetahui lokasi yang berdekatan atau boleh mengunjungi Unifi Store yang berdekatan selain menghubungi SME Premium Lane di talian 03-21063035.
Astro Awani
Thu Nov 02 2023
Ketua Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran (tengah) dan pemilik bersama Suria Pest Control, Tineshwara Rao (kiri) dalam temu bual program Niaga AWANI baru-baru ini. - Astro AWANI
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
unifi Business tawar penyelesaian perniagaan lengkap bantu percepat pendigitalan PMKS
PMKS sebagai tulang belakang ekonomi negara perlu memanfaatkan ledakan digital yang memberi peluang ideal untuk terus bergerak maju.
Tawaran menarik unifi Business bantu PMKS digitalkan perniagaan
Ia merangkumi perkhidmatan Jalur Lebar unifi, unifi eCommerce Hub, unifi Cloud Storage, Penyelesaian Keselamatan Siber, dan unifi Business Club (uBC).