KEPALA BATAS: UDA Holdings Bhd, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), menyasarkan jualan 311 unit hartanah di Pulau Pinang pada tahun ini.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Mohd Salem Kailany berkata syarikat tersebut komited menyediakan pelbagai rangkaian produk hartanah untuk semua peringkat atau lapisan masyarakat, selari dengan peranannya dalam meningkatkan urbanisasi seterusnya menggalakkan pemilikan hartanah.
"Di Pulau Pinang, UDA menawarkan empat produk hartanah merangkumi unit komersial seperti kedai pejabat Elevate @ Gravitas, unit kediaman seperti kondominium Evoke Residence, rumah berkembar serta rumah banglo tiga tingkat Crescent Dew, Bertam dan kediaman apartmen Amaanee Residences @ Wakaf Seetee Aisah.
"Semoga usaha menggalakkan pemilikan hartanah ini juga dapat menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat bertepatan dengan konsep Malaysia Madani," katanya ketika berucap di Majlis Uda Ria Raya di sini semalam.
Katanya sebagai pelopor pembangunan hartanah wakaf, UDA sentiasa proaktif membangunkan projek di atas tanah wakaf bagi meningkatkan nilai tanah tersebut seterusnya memacu ekonomi ummah.
Tambahnya Amaanee Residences @ Wakaf Seetee Aisah merupakan salah satu hartanah wakaf yang ditawarkan di Pulau Pinang, yang merupakan produk kediaman apartmen 40 tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi, meliputi dua jenis keluasan iaitu 950 dan 1,100 kaki persegi.
Sebanyak 422 unit kediaman Amaanee Residences @ Wakaf Seetee Aisah dibangunkan di lokasi strategik di Seberang Jaya dengan harga mampu milik bermula daripada RM299,991 hingga RM414,447 seunit.
Kediaman kondusif yang berpagar serta berpengawal itu sesuai untuk pasangan baru berkahwin atau keluarga kecil selain turut menawarkan pelbagai kemudahan seperti taman permainan, kolam renang, jakuzi, gimnasium, tempat letak kenderaan berbumbung, dewan serbaguna, taska dan bilik pengurusan jenazah.
Selain itu, katanya terdapat beberapa lagi projek yang bakal dilancarkan tidak lama lagi termasuk projek Crescent Dew Fasa 1B di Bertam, merangkumi pembinaan rumah berkembar dan banglo dua tingkat serta 32 unit kedai pejabat di Wakaf Seetee Aisah 2.
--BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
![UDA Holdings sasar jualan 311 unit hartanah di Pulau Pinang tahun ini UDA Holdings sasar jualan 311 unit hartanah di Pulau Pinang tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658811790_UDA.jpg)
UDA sentiasa proaktif membangunkan projek di atas tanah wakaf bagi meningkatkan nilai tanah tersebut seterusnya memacu ekonomi ummah.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![UDA Holdings sasar jualan 311 unit hartanah di Pulau Pinang tahun ini UDA Holdings sasar jualan 311 unit hartanah di Pulau Pinang tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658811790_UDA.jpg)
UDA Holdings sasar jualan 311 unit hartanah di Pulau Pinang tahun ini
Syarikat tersebut komited menyediakan pelbagai rangkaian produk hartanah untuk semua peringkat atau lapisan masyarakat.
![UDA pergiat inisiatif tangani rasuah dalam sektor pembinaan UDA pergiat inisiatif tangani rasuah dalam sektor pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655869525_construction.jpg)
UDA pergiat inisiatif tangani rasuah dalam sektor pembinaan
Pakatan Integriti Perolehan berkenaan merupakan deklarasi UDA bersama rakan niaganya untuk bersama-sama menangani sebarang gejala rasuah dan salah laku.
![Felcra Berhad lantik tiga ahli lembaga pengarah baharu Felcra Berhad lantik tiga ahli lembaga pengarah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/41486219217_FELCRALogo.jpg)
Felcra Berhad lantik tiga ahli lembaga pengarah baharu
Datuk Maznah Abdul Jalil; Dr Suzana Idayu Wati Osman dan Mohd Salem Kailany, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Felcra Berhad yang baharu berkuatkuasa 13 Nov 2018.