KUALA LUMPUR: Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyasarkan untuk mengukuhkan hubungannya dengan Malaysia melalui inisiatif koridor makanannya, memanfaatkan hubungan dua hala sedia ada antara kedua-dua negara dengan gangguan global dalam sekuriti makanan.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Perdagangan UAE Dr Abdulnasser Alshaali berkata, negara Teluk itu mula memberi tumpuan kepada sektor kesihatan dan sekuriti makanan berikutan daripada pandemik COVID-19.
"Kami telah mencuba yang terbaik untuk mempelbagaikan sumber import makanan kami dan kami akan terus melakukannya pada masa depan.
"Saya percaya ini telah berjalan dengan baik untuk kami, memastikan kami tidak terlalu bergantung kepada satu atau dua sumber input untuk mana-mana import komoditi utama kami," katanya, sambil menambah ini adalah bidang yang Malaysia dan UAE boleh bekerjasama, terutamanya dalam mengurangkan impak daripada larangan eksport yang meningkat di peringkat global.
Bercakap kepada Bernama semasa lawatan rasmi delegasi ekonomi UAE ke Malaysia semalam, katanya UAE telah mengambil langkah sama dengan India, apabila monarki Teluk itu memperuntukkan AS$7 bilion untuk melabur dalam inisiatif koridor makanan UAE-India.
Pasaran global telah terjejas oleh pelbagai larangan eksport oleh negara yang ingin menjimatkan bekalan untuk memenuhi permintaan domestik mereka.
Pada Disember 2021, Argentina dan Rusia mengehadkan jumlah jagung dan gandum yang boleh dieksport untuk mengelak kekurangan bijirin domestik berikutan bekalan makanan domestik yang semakin berkurangan.
Indonesia mengikut jejak langkah tersebut pada April lepas dengan melarang eksport minyak sawit dan India turut melaksanakan langkah tersebut pada Mei apabila melarang pengeksportan gandum.
Mengulas mengenai kerjasama UAE-Malaysia, Abdulnasser berkata lebih banyak libat urus perniagaan kepada perniagaan (B2B) diperlukan untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
"Ia agak mudah untuk mengadakan lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua kerajaan, seperti antara Perdana Menteri dan sebagainya. Bagaimanapun, ia sentiasa lebih mencabar untuk memastikan hubungan B2B mengekalkan momentum yang sama," katanya.
Antara langkah untuk meningkatkan hubungan B2B ialah menggalakkan lawatan yang saling memberi manfaat oleh delegasi perniagaan dari kedua-dua negara, apabila pihak berkenaan boleh berhubung dengan mereka yang boleh dan bersedia untuk membantu mereka, sama ada di peringkat persekutuan atau di peringkat bawah, katanya.
Beliau turut menekankan bahawa kerjasama sedia ada antara sektor komersial kedua-dua negara sentiasa boleh diperluaskan.
Pada tahun lepas, nilai perdagangan antara Malaysia dan UAE telah meningkat kepada US$5.4 bilion, menjadikan UAE rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Barat.
Pada Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat lawatan rasmi pertamanya ke Qatar dan UAE, diiringi oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Pada lawatan tersebut, Perdana Menteri menyaksikan pemeteraian dan pertukaran sembilan memorandum antara syarikat Malaysia dan rakan perniagaan antarabangsa mereka di UAE.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022

Mengulas mengenai kerjasama UAE-Malaysia, Abdulnasser berkata lebih banyak libat urus perniagaan kepada perniagaan (B2B) diperlukan untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

UAE sasar perkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia melalui inisiatif koridor makanan
Pasaran global telah terjejas oleh pelbagai larangan eksport oleh negara yang ingin menjimatkan bekalan untuk memenuhi permintaan domestik mereka.