JOHOR BAHRU: Terberg Tractors Malaysia Sdn Bhd (TTM), usaha sama di antara Sime Darby Industrial dengan Royal Terberg Group BV berpangkalan di Netherlands telah melancarkan traktor terminal elektrik berkuasakan bateri penuh yang pertama di Malaysia, YT200EV.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TTM, Boo Wei Ching berkata YT200EV yang dikeluarkan di peringkat tempatan di kemudahan pembuatan dan pemasangan TTM di Pasir Gudang di sini akan tersedia untuk diedarkan menjelang awal bulan depan.
"Menerusi traktor terminal baharu ini, TTM menyasarkan untuk menggandakan kapasiti pengeluaran kami di Malaysia daripada 600 unit traktor terminal bagi memenuhi jangkaan permintaan daripada pelanggan sedia ada dan baharu dalam segmen pasaran baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang.
"TTM telah melabur lebih RM10 juta untuk menaik taraf infrastruktur semasa yang akan membolehkan pertambahan output bagi menampung jangkaan permintaan," katanya ketika majlis pelancaran YT200EV di Terberg Manufacturing and Assembly Sdn Bhd di sini semalam.
Hadir sama CEO kumpulan Sime Darby Bhd Datuk Jeffri Salim Davidson dan Ahli Lembaga Penyeliaan Royal Terberg Group, George J M Terberg.
Pada majlis sama, TTM turut menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai pengeluar traktor terminal elektrik penuh pertama di negara ini susulan pelancaran YT200EV.
Boo berkata traktor terminal YT200EV dihasilkan untuk kegunaan industri perkapalan dan logistik, menyokong pergerakan kargo dan kontena di terminal kontena dan memberikan manfaat kepada pusat pengedaran, gudang, kemudahan penerimaan, depot antara mod dan loji perindustrian bagi pirau dan pengendalian perkemasan.
"Tidak seperti traktor yang sering digunakan, traktor terminal YT200EV didatangkan dengan alat ganti bergerak yang tidak banyak disebabkan ciri-cirinya sebagai EV, justeru, pelanggan tidak perlu bimbang mengenai haus dan lusuh serta kos penyelenggaraan," katanya.
Boo berkata sebagai antara pengeluar traktor terminal terkemuka di Asia Pasifik, TTM yakin keluaran terkini dalam industri itu akan menjadi langkah penting untuk melengkapkan aspirasi hijau rantau ini dengan menyemaikan amalan kelestarian.
"Sebagai peneraju industri, kami rasa ini tanggungjawab kami untuk memainkan peranan aktif kepada penyelesaian untuk memerangi perubahan iklim," katanya.
Beliau berkata, selain mengurangkan pelepasan karbon, traktor terminal YT200EV akan mengecilkan kos operasi yang ketara membabitkan diesel dan bahan api fosil lain yang digunakan terhadap traktor terminal atau trak konvensional.
"Kami yakin manfaat ini boleh dikongsi dengan lebih banyak sektor, melebihi pelabuhan dan logistik, mewujudkan impak besar daripada amalan mesra alam sekitar di seluruh industri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022

George (dua, kanan) dan Boo (tengah) bergambar bersama Traktor Elektrik Pertama pada Pelancaran Traktor Terminal Elektrik Pertama Malaysia di Terberg Manufacturing & Assembly Sdn Bhd, Johor Bahru, 29 Nov 2022. -- fotoBERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan ketidaktentuan global
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini ketika hab kewangan global bersedia dengan pendirian bank pusat minggu ini.

Perjalanan lancar bermula dengan Pennzoil, minyak pelincir terunggul untuk prestasi unggul
Jenama premium yang dibawakan oleh UMW ini komited untuk terus menetapkan standard baharu yang lebih tinggi dalam penjagaan prestasi enjin.

Sime Darby dijenamakan semula sebagai 'Sime'
Selama lebih 100 tahun, kumpulan itu telah menyesuaikan diri dengan pasaran yang sentiasa berkembang, mempamerkan ketangkasan dan daya tahannya.

Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan aktiviti membeli saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah selepas penurunan semalam, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pusat Data Google: Sime Darby Property pemaju tunggal pertama di Malaysia laksana pajakan bina ikut kesesuaian
Pengaturan pajakan unik ini menandakan yang pertama dan satu-satunya yang seumpamanya setakat ini oleh pemaju di Malaysia.

Isu tular Taman Kucing Klang, MBDK nafi abai, aniaya kucing
MBDK menafikan sebarang penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang seperti tular di media sosial.

Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto
Semakan gaji perkhidmatan awam akan datang bakal menguntungkan sektor automobil kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli.

Sime Darby perluaskan kilang pemasangan Porsche di Kulim
Kilang pemasangan Porsche terletak di Inokom, Kulim, Kedah, telah diperbesar dan kini seluas 11,000 meter persegi.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.

Penggunaan EV semakin meningkat, Sime Darby bakal terima manfaat utama
Konglomerat itu mempunyai barisan komprehensif EV hibrid merentasi spektrum jenama, daripada segmen premium dan peringkat pertengahan.