Toyota telah menarik balik 6.39 juta kereta jenamanya seluruh dunia kerana lima masalah utama.

Ini menjadikan reputasi dari segi kualiti dan keselamatan Toyota sebagai pembuat kereta terbesar di dunia sedikit tercalar.

“Syarikat Toyoto Motor Corporation mengumumkan lima penarikan balik melibatkan 26 model Toyota seperti Pontiac, Subaru Trezia dan beberapa model lagi yang terlibat lebih dari sekali penarikan balik menjadikan jumlah kenderaan adakag 6.39 juta” kata jurucakap syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.

Antara masalah yang dikenalpasti adalah kecacatan tempat duduk pemandu, masalah stereng dan masalah pencucuh enjin yang boleh menyebabkan kebakaran, kata syarikat lagi.

Antara model yang terlibat adalah Corolla sedan, kereta sport RAV4 dan Yaris.

Toyota berkata mereka menerima dua laporan mengenai kebakaran yang disebabkan pencucuh enjin, namun tiada kemalangan dilaporkan belaku disebabkan perkara itu.

Syarikat Toyota telah menghasilkan 1.08 juta buah kereta di Jepun, 2.3 juta di Amerika Syarikat, 770,000 di Eropah dan 62,000 di China, lebih satu dekad lalu.

Pada bulan Oktober, 2012 Toyota mengumumkan penarikan sebanyak 7.43 juta kereta jenamanya termasuk jenama popularnya seperti Camry dan Corolla kerana risiko kebakaran.

Pada Mac, pembuat kereta dari negara Jepun itu, bersetuju untuk membayar US1.2 bilion dolar untuk menyelesaikan tuduhan jenayah dari Amerika Syarikat kerana dikatakan cuba berbohong kepada orang ramai tentang kerosakan pada akseleratornya yang boleh mendatangkan bahaya.

Berpuluh-puluh kematian telah menyalahkan kerosakan tersebut yang boleh menyebabkan kenderaan berada di luar kawalan dan brek gagal berfungsi.