KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove Corp Bhd (Top Glove) hari ini mengumumkan untung bersihnya pada suku ketiga (Q3) tahun kewangan 2021 melonjak kepada RM2.06 bilion daripada RM347.9 juta pada tempoh sama tahun lepas.
Peningkatan itu berikutan permintaan seluruh dunia terhadap sarung tangan masih kukuh tatkala situasi COVID-19 belum reda.
Top Glove turut mencatatkan pendapatan jualan sebanyak RM4.16 bilion yang meningkat 147 peratus daripada RM1.69 bilion.
Dalam tempoh sembilan bulan pula, pendapatan jualan syarikat itu meningkat 246 peratus kepada RM14.29 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Manakala keuntungan bersih untuk tempoh sembilan bulan itu juga mengukuh dengan RM7.35 bilion, meningkat 11.7 kali ganda dari tahun ke tahun.
Namun, pendapatan jualan dan untung bersih lebih rendah dari suku ke suku, masing-masing kepada 22 peratus dan 29 peratus.
“Prestasi kumpulan suku ke suku lebih lemah bagi suku ketiga tahun kewangan 2021 disebabkan oleh penyesuaian terhadap harga jualan purata (ASP) sejajar dengan harga trend pasaran sarung tangan yang telah memuncak pada Februari 2021,” kata Top Glove dalam kenyataan pada Rabu.
“Volum jualan (kuantiti dijual) mereda empat peratus suku ke suku disebabkan oleh penurunan jualan ke Amerika Syarikat (AS) berikutan penghentian sementara penghantaran ke AS selaras dengan mematuhi syarat Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) negara itu.
“Walau bagaimanapun, permintaan sarung tangan global tetap berdaya tahan kerana penggunaan sarung tangan terus meningkat, didorong oleh pandemik yang berterusan,” jelas kenyataan itu lagi.
Berikutan prestasi itu, Top Glove mengumumkan dividen berjumlah 18 sen sesaham iaitu 71 peratus merangkumi dividen khas 21 peratus dan 50 peratus mengikut dasar dividen kumpulan.
“Keputusan suku ketiga tahun kewangan 2021 lebih rendah disebabkan oleh penurunan ASP yang sejajar dengan harga trend pasaran sarung tangan, serta kesan penjualan sarung tangan dari Malaysia ke Amerika Syarikat, yang sedang kami bekerjasama rapat dengan CBP AS untuk menyelesaikannya dengan cepat,” jelas Pengarah Urusan Top Glove, Datuk Lee Kim Meow mengulas prestasi syarikat itu.
Sebelum ini, pihak berkuasa kastam AS menuduh beberapa produk oleh Top Glove dihasilkan melalui penggunaan buruh paksa.
Nailah Huda
Wed Jun 09 2021
![Top Glove rekod untung bersih RM2.06 bilion untuk suku ketiga 2021 Top Glove rekod untung bersih RM2.06 bilion untuk suku ketiga 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623232083_FBREAKINDUSTRICOVID.jpg)
Peningkatan untung Top Glove berikutan permintaan seluruh dunia terhadap sarung tangan masih kukuh tatkala situasi COVID-19 belum reda. - Gambar fail BERNAMA
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683723195_TBCOVIDTOPGLOVE.jpg)
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
![Kerugian teras Top Glove diunjur susut kepada RM83 juta pada 4QFY23 - RHB Investment Kerugian teras Top Glove diunjur susut kepada RM83 juta pada 4QFY23 - RHB Investment](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695201577_TopGlove.jpg)
Kerugian teras Top Glove diunjur susut kepada RM83 juta pada 4QFY23 - RHB Investment
Pelanggan kumpulan itu akan kehabisan inventori menjelang separuh kedua 2024 dan ia akan mendorong kepada pesanan yang lebih konsisten.
![Sektor sarung tangan diunjur terus catat kerugian kesan saingan sengit pasaran Sektor sarung tangan diunjur terus catat kerugian kesan saingan sengit pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683723195_TBCOVIDTOPGLOVE.jpg)
Sektor sarung tangan diunjur terus catat kerugian kesan saingan sengit pasaran
Ketiga-tiga pembuat sarung tangan di bawah liputan mereka telah melaksanakan langkah rasionalisasi kapasiti seperti penutupan kilang dalam usaha untuk mengurangkan bekalan pasaran.
![Bursa Malaysia terus ditutup rendah susulan jualan berterusan Bursa Malaysia terus ditutup rendah susulan jualan berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673579892_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia terus ditutup rendah susulan jualan berterusan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.66 mata atau 0.32 peratus kepada 1,424.89 daripada 1,429.55 ketika ditutup semalam.
![Top Glove jangka harga jualan purata sarung tangan terus susut Top Glove jangka harga jualan purata sarung tangan terus susut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671005970_towerTopGlove.jpg)
Top Glove jangka harga jualan purata sarung tangan terus susut
Lim menyatakan bahawa penurunan dalam ASP sarung tangan semakin perlahan, menunjukkan bahawa aliran menurun tidak akan berterusan selama-lamanya.
![Top Glove catat kerugian bersih RM168.24 juta pada suku pertama Top Glove catat kerugian bersih RM168.24 juta pada suku pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671005970_towerTopGlove.jpg)
Top Glove catat kerugian bersih RM168.24 juta pada suku pertama
Hasil Top Glove juga merosot kepada RM632.53 juta daripada RM1.61 bilion sebelumnya.
![Penurunan harga saham punca Top Glove, Hartalega terkeluar daripada komponen utama FBM KLCI Penurunan harga saham punca Top Glove, Hartalega terkeluar daripada komponen utama FBM KLCI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611564063_FBREAKINDUSTRICOVID.jpg)
Penurunan harga saham punca Top Glove, Hartalega terkeluar daripada komponen utama FBM KLCI
Isu lebihan bekalan dalam industri sarung tangan getah telah mempengaruhi harga saham kedua-dua syarikat berkenaan.
![Top Glove, Hartalega kemungkinan 'hilang' kedudukan utama dalam KLCI Top Glove, Hartalega kemungkinan 'hilang' kedudukan utama dalam KLCI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662483105_FBREAKINDUSTRICOVID.jpg)
Top Glove, Hartalega kemungkinan 'hilang' kedudukan utama dalam KLCI
Sektor sarung tangan getah dijangka terus berdepan tekanan ASP, yang diburukkan lagi dengan kos operasi lebih tinggi.
![Pendapatan suku ketiga Top Glove susut susulan normalisasi permintaan, purata harga jualan Pendapatan suku ketiga Top Glove susut susulan normalisasi permintaan, purata harga jualan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654767849_TBTOPGLOVE.jpg)
Pendapatan suku ketiga Top Glove susut susulan normalisasi permintaan, purata harga jualan
Keuntungan bersih Top Glove Corp Bhd susut kepada RM15.29 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mei, 2022 berbanding RM2.04 bilion pada tahun sebelumnya.
![Perang Rusia-Ukraine beri kesan minimum ke atas jualan Top Glove Perang Rusia-Ukraine beri kesan minimum ke atas jualan Top Glove](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600348437_TopGlove.jpg)
Perang Rusia-Ukraine beri kesan minimum ke atas jualan Top Glove
Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Lim Wee Chai berkata secara dasarnya, langkah mitigasi yang perlu telah dilaksanakan pihaknya.