Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia dibuktikan melalui aliran masuk pelaburan asing ke dalam negara yang kekal positif.
Antara lain, jelas Najib, pihak berkuasa pembangunan pelaburan Malaysia pada 2015, negara ini menerima kemasukan bernilai RM36.1 bilion dalam bentuk pelaburan langsung asing.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, berhubung tindakan menangani persepsi negatif media antarabangsa tentang isu domestik.
Najib juga berkata, laporan hal-hal berbangkit mengenai prestasi negara akan diserahkan kepada pihak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk dinilai.