Tenaga Nasional Berhad (TNB) menandatangani tiga perjanjian bernilai RM2.47 bilion bersama tiga syarikat kejuruteraan terkemuka.

Ia bagi membina loji gabungan tenaga gas turbin di Seberang Prai, Pulau Pinang. Kontrak itu meliputi perjanjian perkhidmatan jangka panjang antara TNB Prai Sdn Bhd bersama Siemens AG bagi tempoh 20 tahun bernilai RM631 juta.

Perjanjian kedua melibatkan kontrak kejuruteraan pemerolehan dan pembinaan bersama Samsung Engineering and Construction Malaysia Sdn Bhd selama tiga tahun bernilai RM1.85 bilion.

Sementara perjanjian ketiga melibatkan TNB Remaco bagi operasi dan penyelenggaraan.

Projek tersebut merupakan sebahagian pelaburan lima tahun membabitkan peruntukkan RM9.7 bilion untuk pembinaan kapasiti baru.

Ia dijadual siap 2015 dan dijangka mampu memenuhi permintaan tenaga yang meningkat.