KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang melabur sebanyak RM21 bilion dalam program Grid Masa Depan bagi tempoh 2022 hingga 2024 untuk meningkatkan ketersediaan dan kebolehpercayaan rangkaian penghantaran dan pembahagiannya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Baharin Din berkata di peringkat serantau, TNB secara proaktif mengenal pasti lokasi grid penghantaran yang akan meningkatkan integrasi pasaran selain akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan.
"Memandangkan masa yang diperlukan untuk merancang dan menyediakan infrastruktur kawal selia, kewangan serta fizikal yang dikehendaki, rantau ini mesti bertindak pantas untuk mempercepatkan usaha ini.
"Kita semua mesti memainkan peranan masing-masing dalam perjalanan kita bersama ke arah masa depan yang lebih hijau, saksama dan berdaya tahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata syarikat-syarikat utiliti kuasa ASEAN perlu mempercepatkan kerjasama ke arah mencapai Grid Kuasa ASEAN (APG) yang saling hubung dalam menyokong matlamat bersama rantau ini untuk mencapai pelepasan sifar bersih apabila negara anggota beralih kepada tenaga yang lebih bersih dan lebih mampan.
Baharin menegaskan bahawa grid yang saling hubung seperti APG adalah penting dalam membantu negara anggota ASEAN memanfaatkan sumber daripada negara jiran mereka semasa tempoh krisis, serta menyediakan peluang untuk berdagang dan mengguna pakai penetapan harga sumber pada masa-masa lain.
Ketika utiliti-utiliti kuasa ASEAN mempercepatkan peralihan mereka kepada masa depan yang mampan, perkongsian sumber tenaga boleh diperbaharui akan merangsang aliran masuk tambahan pelaburan swasta ke ASEAN, serta memacu inovasi dan pertumbuhan tenaga bersih di rantau ini, katanya.
Memetik kejayaan permulaan Projek Integrasi Tenaga Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura (LTMS-PIP) tahun ini, Baharin berkata beliau yakin syarikat kuasa ASEAN boleh berusaha ke arah merealisasikan APG.
"Kita berada dalam kedudukan yang baik untuk mereka bentuk rangka kerja perdagangan kuasa yang diharapkan akan sepadan dengan struktur industri elektrik setiap negara dan menyediakan situasi yang menguntungkan semua," katanya.
Beliau menambah TNB, dalam pendekatan holistiknya terhadap peralihan tenaga yang bertanggungjawab, mengakui akan kepentingan hubungan ASEAN.
"Justeru, kami komited untuk mempercepatkan kemajuan APG," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022

TNB secara proaktif mengenal pasti lokasi grid penghantaran yang akan meningkatkan integrasi pasaran. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.

Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.

Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.

Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.

Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB
TNB memaklumkan, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi yang mana kabel tersebut bukan milik TNB.

THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB
Kemenangan THT malam tadi menamatkan siri kemenangan berturut-turut TNB yang muncul juara treble pada edisi lepas.

Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.

Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.

Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.