KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menggesa penggiat tenaga serta sektor awam dan swasta di seluruh dunia untuk terus bekerjasama dan memanfaatkan amalan terbaik masing-masing dalam perjalanan ke arah masa depan yang mampan.
Bercakap pada ENLIT Europe 2022 di Frankfurt, Jerman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Indera Baharin Din berkata tenaga telah menjadi pemacu transformasi yang terbesar dengan perubahan pesat di dunia.
Pada masa sama, katanya trilema antara ekuiti tenaga, alam sekitar dan keselamatan tenaga kekal sebagai cabaran terbesar dalam peralihan tenaga, menurut TNB dalam kenyataan semalam.
Baharin berkata bagi negara-negara membangun, teras sistem tenaga yang ideal kekal mengimbangi trilema tenaga, apabila akses kepada tenaga mampu milik dan jaminan bekalan menjadi penting.
"Rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada antara tarif elektrik paling kompetitif di Asia Tenggara dan Sistem Indeks Purata Tempoh Gangguan (SAIDI) TNB ialah 45 minit yang kini setanding dengan negara-negara maju terbaik di dunia," katanya.
Bagi TNB, katanya peralihan tenaga mewakili cabaran dan peluang. Cabarannya ialah keperluan untuk beralih dengan segera kepada dunia rendah karbon selain memenuhi jangkaan pemegang saham dan pihak berkepentingan TNB yang meningkat.
"Skala dan kelajuan peralihan tenaga adalah persoalan ekonomi. Oleh itu, kami percaya bahawa menguruskan cabaran ini akan memerlukan peralihan secara berperingkat.
"Kerajaan akan menjadi elemen penting dalam peralihan ini dengan membantu memperkenalkan skim dan dasar pembiayaan inovatif yang memudahkan peralihan dan mengurangkan risiko," katanya.
Dalam perkembangan lain, katanya ASEAN mengiktiraf kesalinghubungan yang kukuh antara negara-negara Eropah yang telah membawa kepada pelaksanaan beberapa nilai termasuk perkongsian sumber selain menguruskan kebolehubahan tenaga boleh baharu.
Merujuk kepada faedah penjimatan kos -- terutamanya semasa krisis tenaga pada tahun ini, diraih oleh pengguna awal tenaga boleh baharu di Eropah sejak dua dekad lepas, katanya TNB telah bekerjasama dengan Grid Tenaga ASEAN serantau untuk mengukuhkan kesalinghubungan bagi mendapatkan kelebihan yang sama.
ENLIT Europe 2022 selama tiga hari yang berakhir pada 1 Dis merupakan perhimpunan pemimpin pemikiran, berwawasan, pegawai tertinggi dan pakar dalam industri tenaga.
Sidang kemuncak itu menghimpunkan lebih 4,000 perwakilan daripada organisasi dan penggiat industri dari seluruh dunia yang berada dalam perjalanan peralihan tenaga yang sama untuk bekerjasama, berinovasi dan membincangkan isu-isu dalam sektor tenaga, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022

Baharin berkata, cabaran bagi TNB ialah keperluan untuk beralih dengan segera kepada dunia rendah karbon selain memenuhi jangkaan pemegang saham dan pihak berkepentingan yang meningkat. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.

Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.

Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.

Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.

Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB
TNB memaklumkan, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi yang mana kabel tersebut bukan milik TNB.

THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB
Kemenangan THT malam tadi menamatkan siri kemenangan berturut-turut TNB yang muncul juara treble pada edisi lepas.

Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.

Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.

Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.