KUANTAN: Tiga pengeluar karavan terbesar di dunia dari Eropah sedang meneroka untuk melabur dan menubuhkan kilang pembuatan mereka di Malaysia, kata Bernhard Schutte, Pengerusi TAPiO Management Advisory Sdn Bhd.
Beliau berkata, ketiga-tiga syarikat billion-dolar, iaitu Kumpulan Erwin Hymer, KnausTabbert, dan HobbyFendt mahu menubuhkan kilang Kenderaan Rekreasi (RV) dan menjadikan Malaysia hab pengedaran bagi rantau Asia Pasifik.
TAPiO ialah firma penasihat pelbagai disiplin yang berpangkalan di Malaysia yang mengkhusus dalam membantu pelanggan berkembang ke rantau ASEAN dengan menggunakan Malaysia sebagai pintu masuk.
''Bukan sahaja untuk Malaysia tetapi mereka juga mahu mengeksport karavan yang juga di kenali sebagai Kenderaan Rekreasi (RV) ke pasaran Asia Pasifik.
''Ini akan mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan bukan sahaja dalam pembuatan tetapi juga untuk industri alat ganti dan komponennya untuk karavan, katanya kepada DagangNews.com di sini.
Beliau berkata, satu daripada lokasi yang dikenal pasti untuk dibangunkan kilang tersebut ialah di Pekan, Pahang.
Schutte bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa lawatan beliau ke Menara Kuantan 188 baru-baru ini, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Schutte berkata, tugas untuk menarik pelaburan berbilion dolar ke Malaysia dilakukan bersama-sama dengan ECERDC, TAPiO yang diterajuinya.
Beliau berkata, “kami tidak mungkin membawa masuk pelabur tanpa bantuan daripada kedua-dua kerajaan Malaysia dan Jerman.
“Selain kerajaan, kami juga mendapat sokongan penuh daripada Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Peter Blomeyer, yang bekerja tanpa jemu untuk memastikan perkara ini berlaku,” katanya.
Bercakap kepada DagangNews.com, Pengerusi Menara Kuantan 188 Datuk Indera Naresh Mohan berkata: "Kami mendapat penghormatan dan keistimewaan menjadi tuan rumah kepada perdana menteri yang melawat Pahang
''Saya rasa ia adalah mesyuarat tetap (ECERDC) dan dia memutuskan untuk datang ke sini untuk makan tengah hari di Menara Kuantan 188. Dia sangat seronok,’’ kata Naresh.
Perdana menteri diiringi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang turut menghadiri mesyuarat ECERDC.
Juga hadir ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Antara lain yang turut hadir Menteri Kewangan Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Kesemua mereka sebelum ini menghadiri mesyuarat ECERDC.
Menyentuh rancangan untuk menghasilkan karavan tempatan, Naresh berkata: ''Ia akan menjadi peluang yang hebat. Ideanya betul, dan bagus sekali”.
"Jika semuanya berjalan lancar dan jika anda mula mengeluarkannya di Malaysia, ia akan menurunkan harga dan ia akan menjadikannya lebih mampu untuk keluarga menggunakan karavan dan mengembara," katanya.
Menyambut baik cadangan penubuhan kilang pembuatan, Exco Kerajaan Negeri Pahang, yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata: "RV adalah kenderaan yang sangat menarik’’.
"Dengan RV, anda mempunyai segala-galanya di dalam untuk penginapan anda, anda tidak perlu mendaftar masuk ke hotel atau motel, dan anda boleh bergerak sepanjang masa.
“Saya fikir ia adalah konsep gaya hidup baharu yang sangat baik terutama bagi mereka yang ingin menikmati masa lapang.
''Saya percaya di Pahang kita boleh gunakan ini kerana ia adalah tempat di mana anda ingin mempunyai penginapan yang betul jauh, kemudian anda boleh menggunakan RV atau karavan apa sahaja namanya," tambahnya. – DagangNews.com
Dagang News
Mon Feb 07 2022
Tiga pengeluar karavan terbesar di dunia dari Eropah sedang meneroka untuk melabur dan menubuhkan kilang pembuatan mereka di Malaysia. -Dagang News
AWANI Ringkas: Pesanan kepada rakyat Malaysia di luar negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat manakala di Sabah kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi: Kesan pengharaman Tiktok, Perspektif pelajar Malaysia di Amerika Syarikat
Diskusi 8.30 pagi Isnin bersama pelajar Malaysia di Community College of Philadelphia, Siti Salwah Mohd Salleh membincangkan mengenai kesan penutupan sementara TikTok ke atas ekonomi, identiti budaya, hubungan komuniti. Perbincangan turut menjurus kepada apa bentuk sokongan yang ditawarkan oleh kerajaan dalam menangani hal ini.
TikTok kembali beroperasi selepas Trump mahu pengguna saksikan pelantikannya
TikTok kembali beroperasi di AS selepas Donald Trump berkata bahawa pengguna "berhak untuk menyaksikan pelantikannya sebagai Presiden AS bagi penggal kedua.
INNOVATHON 2: BioProtein juara, Raih RM100,000
Berjaya membawa pulang, RM100,000 BioProtein Powder, hasil inovasi Prof Dr. Azizi Ayob dinobatkan sebagai Juara Musim Kedua Innovathon.
“Perbuatan mereka sangat kejam… sukar untuk saya maafkan” - Luahan isteri lelaki OKU dipukul di pasar tani
"Sedih marah,kecewa semua ada bila melihat video yang tular suami saya dipukul tanpa ada belas kasihan dan bagi saya ia sangat keterlaluan."
Apa perhatian utama pelabur Malaysia selepas pertabalan Trump?
Pertabalan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini dijangka memberi kesan besar kepada arah aliran pasaran dunia. Apakah faktor-faktor utama yang akan memberi impak kepada pasaran Malaysia? Diskusi ini akan mengupas peluang yang tersedia untuk pelabur, selari dengan perkembangan ekonomi global.
Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS hari ini
Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5020/5095 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5040/5085 pada Jumaat lepas.
Perdana Menteri Sertai WEF 2025: Tumpuan Kepada Keutamaan Global dan Peranan Malaysia dan suara ASEAN
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Bertemakan "Kerjasama Untuk Era Kecerdasan," WEF 2025 membincangkan peranan teknologi dan inovasi dalam menangani cabaran global. Lawatan ini juga menonjolkan kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, dengan fokus kepada pertumbuhan ekonomi digital, perdagangan, pelaburan, dan perlindungan alam sekitar. Ketahui agenda utama dan bagaimana Malaysia memainkan peranan strategik di pentas antarabangsa.
Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - Anwar
Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara perlu mempunyai hak yang sama untuk mengundi dalam pilihan raya, sama seperti mereka yang berada di tanah air, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga pengeluar Karavan terbesar dunia teroka peluang melabur di Malaysia
Ketiga-tiga syarikat itu Kumpulan Erwin Hymer, KnausTabbert, dan HobbyFendt mahu menubuhkan kilang Kenderaan Rekreasi (RV) dan menjadikan Malaysia hab pengedaran bagi rantau Asia Pasifik.