UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - Anwar

Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara perlu mempunyai hak yang sama untuk mengundi dalam pilihan raya, sama seperti mereka yang berada di tanah air, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mon Jan 20 2025

INNOVATHON 2: BioProtein powder juara INNOVATHON 2, Raih RM100,000

INNOVATHON 2: BioProtein powder juara INNOVATHON 2, Raih RM100,000

BioProtein Powder dinobatkan juara INNOVATHON 2, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sokongan pelaburan bernilai sehingga RM1 juta.

Kejayaan ini diumumkan dalam episod akhir program realiti sains, teknologi, dan inovasi yang disiarkan Sabtu lalu.
Rakyat Palestin akhirnya tidur tanpa ketakutan

Rakyat Palestin akhirnya tidur tanpa ketakutan

Untuk pertama kali dalam lebih setahun, rakyat Palestin dapat tidur tanpa rasa takut bahawa bom yang tidak dijangka akan menghujani rumah atau khemah mereka.

Pada awal pagi Ahad, terdapat kebimbangan dan ketidakpastian akibat kelewatan pelaksanaan gencatan senjata.

Namun, pada jam 11.30 pagi Ahad apabila gencatan senjata dikuatkuasakan, perasaan lega menyelubungi semua orang dengan jeda yang sangat diperlukan daripada keganasan yang berlarutan.
Wujudkan globalisasi seimbang melalui kepengerusian ASEAN

Wujudkan globalisasi seimbang melalui kepengerusian ASEAN

Menurut Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, keseimbangan antara hubungan diplomatik, pengekalan kedudukan sebagai rakan dagang yang strategik dan kebolehan untuk bertindak balas terhadap perubahan global adalah kunci kepada masa depan ekonomi negara.
Anwar seru rakyat utamakan nilai kemanusiaan

Anwar seru rakyat utamakan nilai kemanusiaan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya menghormati serta mengutamakan nilai kemanusiaan dalam membentuk Malaysia sebagai negara bertamadun dan berjaya pada masa hadapan.

Beliau menyatakan usaha tersebut akan sukar dicapai sekiranya rakyat, terutamanya golongan belia dan anak muda, terus berpegang kepada budaya terlalu selesa, enggan berubah, dan mudah terpengaruh dengan mainan politik murahan sesetengah pihak.
Remaja lelaki 17 tahun maut dalam kemalangan di Jempol

Remaja lelaki 17 tahun maut dalam kemalangan di Jempol

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di kilometer 8 jalan Bahau-Kemayan, Jempol, awal pagi ahad.

Ketua polis daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook dalam kenyataan berkata kejadian pada 2.30 pagi itu membabitkan motosikal jenis Honda dinaiki mangsa dengan kereta jenis Perdana V6 dipandu seorang lelaki 30 tahun.
[TERKINI] Kes pukul OKU: Lima individu telah ditahan, polis lengkapkan siasatan

[TERKINI] Kes pukul OKU: Lima individu telah ditahan, polis lengkapkan siasatan

Lima individu telah ditahan berhubung kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di pasar tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman.
Diskaun 10-30 peratus servis kereta di PETRONAS AutoExpert - Armizan

Diskaun 10-30 peratus servis kereta di PETRONAS AutoExpert - Armizan

"Pengguna-pengguna boleh mendapat diskaun 10-30 peratus untuk menservis kereta dalam tempoh yang akan diumumkan bagi minyak pelincir, mineral dan semi sentetik," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.

Pogram ini akan dimulakan pada 24-28 Januari bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Henti spekulasi, jangan beri tekanan, biar siasatan selesai - Armizan

Henti spekulasi, jangan beri tekanan, biar siasatan selesai - Armizan

“Saya belum terima keputusan siasatan, tiada keperluan pun untuk beri keputusan kepada saya. Saya rasa biarkan kes ini ikut aturan undang-undang, beri ruang kepada siasatan.

“Siasatan bukan hanya kepada Jabatan Kimia itu sahaja tetapi melalui pelbagai proses secara menyeluruh, komitmen kerajaan adalah biar ia dibuat secara telus, segera dan tunggu keadilan berjalan dengan sebaiknya,” katanya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.
AWANI Ringkas: PM hadiri WEF 2025 di Davos

AWANI Ringkas: PM hadiri WEF 2025 di Davos

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trak bantuan pertama WFP masuk Gaza

Trak bantuan pertama WFP masuk Gaza

Trak bantuan pertama dari program makanan sedunia (WFP) memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom
Gencatan senjata: Lebih 550 trak bantuan masuk Gaza hari pertama

Gencatan senjata: Lebih 550 trak bantuan masuk Gaza hari pertama

Lebih 550 trak bantuan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan Rafah pada Ahad, hari pertama pelaksanaan perjanjian gencatan senjata.
Dari neraka kini di 'syurga' - Banduan palestin

Dari neraka kini di 'syurga' - Banduan palestin

Pertunjukan bunga api diadakan sebagai simbolik sambutan ketika bas yang membawa tahanan Palestin tiba di Ramallah, Tebing Barat, di mana ribuan orang menunggu untuk menyambut mereka.

Salah seorang banduan, Abdelaziz Atawneh mengibaratkan pembebasannya seperti meninggalkan neraka, dan kini berada syurga.
'Tiga tebusan israel berada dalam keadaan stabil' - Pengarah hospital

'Tiga tebusan israel berada dalam keadaan stabil' - Pengarah hospital

Pengarah Hospital Kanak-Kanak Safra, Profesor Itai Pessach pada Ahad memaklumkan ketiga-tiga tebusan berada dalam keadaan stabil.
Bas bawa banduan Palestin berlepas dari penjara Israel

Bas bawa banduan Palestin berlepas dari penjara Israel

Konvoi bas yang membawa tahanan Palestin yang dibebaskan berlepas dari penjara tentera Israel, Ofer, berhampiran Ramallah di Tebing Barat yang diduduki Israel pada awal pagi Isnin.

Pembebasan tahanan Palestin ini adalah sebagai pertukaran bagi kepulangan tiga tebusan Israel pada Ahad.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang

Bandar di sempadan Mexico kekal tenang

Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.