Kerajaan tidak bercadang mengkaji semula dasar berkaitan industri Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) selepas melihat perkembangannya sejak dua tahun ia diperkenalkan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sehingga kini, ia menjadi salah satu tarikan untuk syarikat kenderaan luar melabur di negara ini.
Jelasnya, syarikat berkenaan juga tertarik dengan insentif yang diperkenalkan di bawah Dasar Automotif Negara (NAP).
"Paling penting sejak ia dilancarkan, perkembangan teknologi semakin pesat dan EEV ini semakin mendapat sambutan.
"Memang ada perlembangan sejak dua tahun lalu dan tidak perlu dikaji semula kerana baru dua tahun. NAP tarik syarikat untuk melabur di Malaysia dan ada syarikat yang memasang kenderaan mereka di negara ini kerana insentif yang diberi," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Malaysia Autoshow 2016 di sini hari ini.
Bertemakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), karnival anjuran Malaysia Automotive Institut (MAI) itu bermula dari 10 hingga 13 November di berlangsung di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa MINES (MIECC).
Ia dijangka menarik hampir 100,000 pengunjung dengan tarikan sesi pandu uji, pertunjukkan drift oleh Leona Chin, pameran kereta klasik, gerai jualan makanan, aksesori dan ruangan permainan untuk kanak-kanak.
Selain itu, pameran kereta Malaysia Autoshow 2016 turut disertai oleh 150 peserta yang meliputi pelbagai jenama kenderaan, perkhidmatan selepas jualan, aksesori dan banyak lagi.
Sebelum ini, Mustapa memberitahu sebanyak 200,260 unit EEV dijual pada tahun lalu iaitu 34 peratus daripada jualan keseluruhan kenderaan penumpang yang berjumlah 591,298 unit.
Jelasnya, ia adalah peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Wan Syamsul Amly
Thu Nov 10 2016

Mustapa melancarkan kereta elektrik keluaran BAIC model EV 200 ketika melawat ruang pameran 'Malaysia Autoshow 2016' selepas majlis perasmian pameran tersebut di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines hari ini. - Foto Bernama

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

'Tidak perlu kajian semula industri EEV' - Tok Pa
Kerajaan tidak bercadang mengkaji semula dasar berkaitan industri kenderaan cekap tenaga (EEV) selepas melihat perkembangannya sejak dua tahun ia diperkenalkan.

Undian: Adakah anda akan membeli kenderaan elektrik?
Dasar Automotif Negara 2014 memberi fokus kepada kenderaan elektrik. Adakah ini akan meningkatkan kadar penjualan kereta elektrik.

Poll: Harga kereta lebih murah dengan Dasar Automotif Negara?
Adakah harga kereta di Malaysia akan menjadi lebih murah dengan Dasar Automotif Negara?
EEV akan jadi fokus NAP
EEV dan pembukaan industri automotif kepada pelaburan asing akan menjadi perhatian utama dalam semakan semula Dasar Automotif Negara.