Transparency International – Malaysia (TI-M) menyambut baik tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendeklasifikasi laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.
Sebelum ini, laporan 1MDB diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) oleh pentadbiran di bawah tampuk pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa mengendahkan gesaan TI-M untuk mengeluarkan laporan itu dan dibentangkan di Parlimen sejak 2016.
Presiden TI-M, Datuk Akhbar Satar dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan Tun Mahathir itu akan membolehkan rakyat memperoleh dapatan terkini berhubung laporan 1MDB dan pihak yang terbabit dalam skandal bernilai berbilion ringgit itu.
Menurut TI-M dalam satu kenyataan di sini hari ini, skandal 1MDB itu telah menjejaskan imej Malaysia dan kedudukan negara dalam capaian Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menurun kepada kedudukan ke-62 daripada 180 buah negara berbanding 55 pada 2016.
BACA: LAPORAN 1MDB BUKAN LAGI RAHSIA
Menurut indeks yang dikeluarkan Transparency International (TI), ukuran skor Malaysia juga menurun dua mata kepada 47 berbanding 49 pada tahun lalu.
TI-M menegaskan kes berprofil tinggi itu perlu disiasat dengan lebih lanjut dan bukti yang membabitkan transaksi luar negara perlu mendapat bantuan dari institusi kewangan antarabangsa yang didakwa terbabit.
BACA: 'MALAYSIA KINI TIADA PEGUAM NEGARA - TUN M
Maklumat dari laporan Peguam Negara itu juga boleh digunakan oleh pihak berkuasa yang terbabit dalam siasatan 1MDB.
Semua yang terbabit dalam skandal itu juga perlu di bawa ke muka pengadilan, kata Akhbar lagi.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan laporan 1MBD bukan lagi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Tun Mahathir turut mengesahkan beliau sudah mengarahkan polis mengeluarkan laporan audit itu yang diklasifikasikan di bawah OSA.
Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman barisan kabinet di ibu pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya, Selangor.
Astro Awani
Sat May 12 2018
Menurut indeks yang dikeluarkan Transparency International (TI), ukuran skor Malaysia juga menurun dua mata kepada 47 berbanding 49 pada tahun lalu. - Gambar fail
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.