TGV Cinemas Sdn Bhd akan melancarkan aplikasi tempahan tiket yang baharu pada pertengahan Ogos, membolehkan pelanggan membuat tempahan tiket dalam talian dengan menggunakan tablet atau telefon mudah alih.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Gerald Dibbayawan berkata TGV Cinemas menerima cadangan daripada pelanggan supaya meningkatkan aplikasi penempahan tiketnya seiring dengan perkembangan teknologi.
"Pada pertengahan Ogos, kami akan melancarkan aplikasi tempahan tiket kami, jadi anda mempunyai pilihan.
"Saya berpendapat, pada masa hadapan, lebih ramai orang akan menggunakan (aplikasi) dalam talian dan mudah alih untuk mengakses pilihan tempahan tiket," katanya kepada Bernama.
Dibbayawan berkata syarikat-syarikat pawagam melihat trend di negara lain dan jelas sekali mereka berhubung dengan penonton mereka dan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Bercakap mengenai teknologi, Dibbayawan berkata TGV Cinemas tidak menganggap pawagam lain sebagai pesaing sebenar tetapi iPad, sistem teater rumah dan alat teknologi lain sebenarnya bersaing dengan industri pawagam.
"Kami bersaing dengan masa orang ramai termasuk platform yang mereka menonton filem," katanya dan menambah bahawa kebanyakan orang kini memiliki peranti canggih yang menawarkan kemudahan menonton filem dengan hanya satu klik.
Dibbayawan berkata TGV Cinemas juga akan melancarkan laman web baharu yang mempunyai reka bentuk responsif, dinaik taraf daripada sistem semasa di laman web yang membolehkan pelanggan membuat tempahan dalam talian dengan lebih pantas.
Mengenai masa depan, TGV Cinemas juga akan memberi tumpuan kepada pengalaman dan perkhidmatan pelanggan dengan memberi lebih perhatian kepada apa yang disampaikan syarikat, bermula dari kaunter jualan tiket sehingga ke dewan pawagam.
"Kami sentiasa berusaha meningkatkan tawaran produk kami dari segi konsep bagi tempat duduk, pawagam, makanan dan minuman untuk faedah pelanggan," kata Dibbayawan.
Mengulas mengenai sistem bunyi yang digunakan di rangkaian pawagam syarikat, beliau berkata syarikat merancang untuk meningkatkan sistem bunyi daripada Dolby 5.1 kepada Dolby 7.1, yang menawarkan lapan saluran bunyi berbanding enam sebelum ini.
Bernama
Mon Aug 05 2013


Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

TGV Cinemas akan lancar aplikasi tempahan tiket
TGV Cinemas menerima cadangan daripada pelanggan supaya meningkatkan aplikasi penempahan tiketnya seiring dengan perkembangan teknologi.