Tesla, salah satu daripada kenderaan elektrik utiliti sukan elektrik kini sudah berada di pasaran selepas pengumuman dibuat di California, Amerika Syarikat pada Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk berkata Model X memperkenalkan standard baru bagi kejuruteraan automotif.

Model X adalah kenderaan ketiga dari Tesla selepas Roadster dan Model 'S' diedarkan beberapa tahun lalu.

"Dengan Model X yang kami membuat SUV yang paling selamat. Ia adalah SUV lbertaraf lima bintang dalam setiap kategori pertama," kata Musk.

Ciri-ciri unik Model X termasuk pintu pemandu yang akan terbuka secara automatik apabila pemandu mendekati kenderaan dan menutup sendiri apabila pemandu berada di dalam kenderaan.

"Perlindungan terbaik adalah untuk tidak terlibat dalam kemalangan. Jadi, Model X mempunyai keselamatan yang aktif termasuk brek kecemasan automatik dan mengelakkan pelanggaran sampingan.

"Jadi kereta sebenarnya akan menggunakan kamera dan radar untuk brek secara sebelum berlaku kemalangan dan ia akan menggunakan pengesan sonik ultra di sisi kereta untuk mengemudi pemandu daripada berlaku pelanggaran sampingan," tambah Musk.

Menurut laporan, jualan SUV mewah di Amerika Syarikat meningkat 17 peratus hingga Ogos.

Penentuan harga sebenar model asas belum dikeluarkan namun Musk berkata Model X akan bernilai sekitar US$98 ke US$142 ribu.