KUALA LUMPUR: Terdapat harapan untuk pemulihan ekonomi Malaysia dalam melangkah ke 2022, didorong oleh, antara lain, kadar vaksinasi yang tinggi yang akan membolehkan pembukaan semula ekonomi yang lebih mampan.
Laporan Prospek Global Separuh Pertama 2022 OCBC - OCBC Treasury Research yang dikeluarkan pada Isnin menyatakan bahawa terdapat peluang yang baik untuk pemulihan ekonomi meningkat dengan cepat, daripada berkemungkinan di bawah jangkaan 3.2 peratus pada 2021 kepada pertumbuhan 5.0 peratus yang lebih menggalakkan pada 2022.
"Walaupun kerajaan telah memberikan unjuran pertumbuhan 2022 sebanyak 5.5-6.5 peratus, kami sebahagiannya lebih konservatif berikutan kami menyaksikan pemulihan yang lebih terkawal dalam penggunaan swasta apabila isi rumah cuba membina semula simpanan mereka yang telah susut dengan ketara semasa pandemik," katanya.
Secara keseluruhannya, katanya walaupun Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terlepas pada suku ketiga 2021, pihak berkuasa akan memberi tumpuan kepada prospek yang bertambah baik.
Sentimen yakin adalah wajar berikutan penularan semula pandemik dilihat terkawal dengan lebih baik, dan kadar vaksinasi di Malaysia meningkat dengan cepat dengan 76 peratus daripada jumlah penduduknya telah menerima dua dos suntikan.
"Apa yang pasti, inisiatif pembukaan semula - laluan perjalanan dengan Singapura dan Indonesia menjadi contoh yang paling jelas - akan memberi rangsangan kepada ekonomi.
"Bagaimanapun, kami terus berhati-hati dengan hakikat bahawa skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang merupakan sebahagian daripada pakej rangsangan telah menyebabkan pengurangan simpanan untuk isi rumah yang mungkin mengambil masa untuk membina semula, menyebabkan pertumbuhan penggunaan yang terhad pada tahun-tahun akan datang," katanya.
Dalam suasana prospek pemulihan ekonomi yang lebih baik, OCBC menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan melakukan penurunan kadar.
"Lagipun, ia mengekalkan kadar dasarnya tidak berubah sepanjang 2021, meskipun cabaran getir yang dihadapi akibat daripada pandemik dan krisis politik.
"Malahan, melihat daripada bayangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) November 2021, ia mungkin telah mula merangka asas sebagai persediaan bagi jangkaan kadar bergerak ke arah bertentangan," katanya.
OCBC berkata terdapat aspek daripada kenyataan MPC yang membayangkan BNM kini menjangkakan keperluan untuk membuat persediaan sebarang jangkaan pasaran akan kenaikan kadar dasar di Malaysia.
"Kami terus melihat bank pusat yang akan komited menyokong pertumbuhan selagi boleh dengan mengekalkan kadar dasar berada pada paras rendah semasa. Inflasi seharusnya juga kekal rendah memandangkan jurang pengeluaran yang berterusan.
"Sebagai contoh, kadar pengangguran kekal tinggi pada 4.6 peratus. Walaupun ia telah turun daripada kemuncak 5.3 peratus tahun lepas, kadar itu kekal di atas kadar sebelum pandemik pada 3.3 peratus, satu petanda yang menunjukkan bahawa impak pandemik ke atas pasaran masih lagi berterusan," katanya.
Justeru, OCBC berkata pada asasnya BNM boleh dan akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah pada 1.75 peratus sepanjang 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021
Inisiatif pembukaan semula laluan perjalanan dengan Singapura dan Indonesia akan menjadi contoh yang paling jelas rangsangan kepada ekonomi. - Gambar fail BERNAMA
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.