KUALA LUMPUR: RHB Investment Bank Berhad menjangkakan Berjaya Food akan berdepan sedikit tekanan bagi pendapatan suku akan datang kesan daripada inflasi.
Walaupun berdepan tekanan inflasi sejak sebelum ini, jenama Starbucks berjaya mengekalkan margin perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) di atas 17% dengan pendapatan 2QFY22 berada pada paras 25.7% disokong oleh hasil jualan yang tinggi.
Meskipun Starbucks melaksanakan gaji minimum dalaman baharu sebanyak RM1,800 bermula Januari lalu, peningkatan kemahiran dan produktiviti akan membantu kos tenaga pekerja stabil.
"Sebagai tambahan, tiada sebarang bahan mentah yang menjadi bahan utama dalam kos barang jualan (COGS) dan harga biji kopi juga sudah ditetapkan di peringkat global oleh Starbucks Amerika Syarikat (AS)," katanya dalam satu nota kajian semalam.
Firma itu juga positif dengan tempoh operasi yang lebih lama untuk Starbucks pada 3QFY22 dan percaya mereka berada di landasan tepat untuk memenuhi sasaran pembukaan 35 cawangan baharu bagi FY22.
Katanya, promosi agresif Berjaya Food juga membantu meningkatkan jualan dan memanfaatkan saluran jualan alternatif serta fokus kepada perniagaan pandu lalu.
"Kenny Rogers (KRR) juga dijangka mencatatka keuntungan pada suku akan datang selepas membuat pembaharuan terhadap menu (penyelarasan harga) dan dijangka berada di landasan tepat untuk meraih keuntungan buat kali pertama sejak FY16.
Firma itu mengekalkan saranan 'beli' pada harga sasaran (TP) RM4.20 dan mengekalkan unjuran pendapatan bagi FY22. - DagangNews.com
Dagang News
Thu May 12 2022

Meskipun Starbucks melaksanakan gaji minimum dalaman baharu sebanyak RM1,800 bermula Januari lalu, peningkatan kemahiran dan produktiviti akan membantu kos tenaga pekerja stabil. - Gambar fail/DagangNews

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

LEKAS ditutup Sabtu dan Ahad ini, beri laluan RHB Lekas Highway Ride 2024.
Antara jalan terlibat adalah kilometer dua LEKAS menghala ke Seremban, LEKAS ke arah Bandar Teknologi dan susur masuk LEKAS ke Semenyih.

RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.

RHB, TNB bekerjasama promosi peralihan tenaga hijau kepada PKS dan individu
RHB dan TNB akan menganjurkan jerayawara kelestarian mulai suku ketiga tahun ini bagi melibatkan PKS di bandar-bandar utama Malaysia.

RHB raikan komuniti neurodiversiti dengan peluang pekerjaan, kemahiran hidup
Ia merupakan Majlis Penganugerahan Kejayaan RHB #Empower dan Neurodiversiti@Work yang pertama susulan program yang bermula Oktober 2022.

Belanjawan 2023 seimbang, penekanan pada kemampanan fiskal jangka panjang
Belanjawan 2023 menyediakan sokongan yang amat diperlukan dalam menangani kos sara hidup yang tinggi, mengukuhkan lagi jaringan keselamatan sosial serta mempertingkatkan ekosistem PMKS.

RHB semak naik unjuran pertumbuhan KDNK 2022 kepada 8.5 peratus
Bank pelaburan itu turut mengunjurkan bahawa KDNK berkembang sebanyak 6.0 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2022.

Affin, RHB naikkan kadar rujukan sebanyak 25 mata asas mulai 12 September
Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd dan Affin Hwang Investment Bank Bhd akan menaikkan kadar rujukan masing-masing sebanyak 25 mata asas berkuatkuasa 12 September 2022.

Gabungan AmBank, RHB dan minat Grab hanya 'bualan pasaran' setakat ini
Pada masa ini tiada sebarang perkembangan atau kemajuan baharu berkaitan cadangan tersebut.

Tekanan inflasi dijangka beri kesan kepada pendapatan suku tahun Berjaya Food - RHB Investment
Walaupun berdepan tekanan inflasi sejak sebelum ini, jenama Starbucks berjaya mengekalkan margin EBIT di atas 17%.

Sushi King dijangka pacu pertumbuhan Texchem Resources pada FY22
Pemulihan operasi Sushi King dijangka memacu pertumbuhan Texchem Resources Bhd. bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22).