Tajikistan, sebuah negara tak berpantai di Asia Tengah kini mempergiat promosi pelancongan bagi menarik ketibaan pelancong Malaysia susulan langkah melonggarkan polisi menyeberangi sempadan selepas hubungannya dengan negara jiran Uzbekistan yang semakin pulih, kata Duta Besar Tajikistan ke Malaysia, Dr Muzaffar Muhammadi.
Beliau berkata setiap tahun antara 50,000 hingga 60,000 rakyat Malaysia berkunjung ke Uzbekistan dan Kazakhstan.
Malangnya, terdapat beberapa masalah dalam menyeberangi sempadan mereka yang telah ditutup selama hampir 25 tahun berikutan hubungan 'dingin' kedua-dua negara.
Oleh itu, terdapat kesulitan untuk pelancong melawat Tajikistan, katanya.
"Tajikistan berharap dapat menawan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah pelancong Malaysia. Dalam tempoh tiga hingga lima tahun berikutnya, kami menjangka dapat menarik sekurang-kurangnya 25,000 hingga 30,000 pelancong ke Tajikistan," kata Muhammadi kepada Bernama dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.
Hubungan antara Tajikistan dan Uzbekistan kini semakin mesra.
Ini berlaku apabila Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev, mengambil alih kuasa susulan kematian pemimpin terdahulu, Islam Karimov, pada 2016, dan menyuarakan komitmen kerajaan beliau untuk menjalinkan hubungan yang lebih mesra dengan jiran-jiran Uzbekistan di Asia Tengah.
Semasa pemerintahan autokratik Karimov selama 27 tahun di negara paling ramai penduduk di Asia Tengah itu, hubungannya dengan Tajikistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Turkmenistan adalah tegang disebabkan pertikaian berhubung laluan transit, keselamatan sempadan, sumber air dan isu-isu lain.
Dilaporkan bahawa pada 10 Jan tahun ini, Tajikistan mahupun Uzbekistan telah bersetuju dengan perjalanan tanpa visa dan langkah-langkah menyeberangi sempadan yang lain.
Pada 1 Mac, 10 pusat menyeberangi sempadan telah dibuka semula di sepanjang sempadan Tajikistan-Uzbekistan selepas ditutup selama lebih 10 tahun.
Muhammadi berkata Tajikistan akan menjadi destinasi pilihan pelancong, terutama dari Malaysia, berdasarkan kedudukan ibu kotanya, Dushanbe, yang hampir dengan ibu kota Uzbekistan, Tashkent.
Kedua-duanya adalah berjiran dan hanya mengambil masa kira-kira sejam perjalanan untuk tiba ke sempadan masing-masing.
Sementara itu, dalam usaha memajukan industri pelancongan Tajikistan, Muhammad berkata kerajaannya berminat untuk menjalinkan usaha sama dengan pengusaha pelancongan Malaysia bagi memasukkan negara tersebut dalam pakej pelancongan mereka di Asia Tengah.
Ini seterusnya akan memberi manfaat kepada pelancong dengan pakej lebih murah, menjimatkan masa dan turut membolehkan mereka meneroka lebih daripada satu negara di rantau Asia Tengah.
Selain itu, Muhammadi berkata 2018 telah diisytihar sebagai Tahun Pelancongan dan Kraf Rakyat di Tajikistan oleh Presiden Emomali Rahmon memandangkan industri pelancongan adalah satu bidang yang penting bagi membantu memperluas pertukaran budaya dan rakyat dengan rakyat.
Berikutan usaha ini, duta itu berkata pihaknya merancang menganjurkan satu seminar pelancongan pada Ogos dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia untuk menghimpunkan agensi serta pengusaha pelancongan kedua-dua negara bagi membincangkan kemungkinan kerjasama dalam membangunkan sektor pelancongan.
Selain itu, beliau berkata industri pelancongan Tajikistan berminat untuk belajar daripada pembangunan fasiliti pelancongan Malaysia berikutan kejayaannya menarik ketibaan sejumlah 25 juta hingga 30 juta pelancong setiap tahun.
"Malaysia mempunyai pengalaman yang luas dalam infrastruktur pelancongan. Kami ingin belajar dan turut membawa pakar-pakar Malaysia (ke Tajikistan) untuk membantu kami dalam membangunkan infrastruktur berkaitan.
"Tajikistan adalah sebuah negara bergunung-ganang, oleh itu, ia perlu membina infrastruktur yang baik di kawasan berbukit-bukit. Firma-firma Malaysia boleh membantu kami untuk membina fasiliti seperti kereta kabel, seperti yang terdapat di Genting Highlands atau Langkawi," katanya.
Meskipun sektor pelancongan Tajikistan tidak begitu membangun, potensi tarikan pelancongannya yang besar tidak boleh diabaikan.
Meskipun berkeluasan agak kecil, industri pelancongannya semakin popular kerana Tajikistan memiliki empat musim disebabkan topografi negara itu yang bergunung-ganang.
Tajikistan menempatkan beberapa puncak gunung tertinggi di dunia termasuk banjaran Pamir dan Alay serta Tasik Sarez di daerah Rushon dalam wilayah Gorno-Badakhshan, yang dibentuk pada 1911 selepas gempa bumi besar apabila Sungai Murghab tersekat akibat satu insiden tanah runtuh yang besar.
Diterjemah oleh Sabarina Baharom
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 20 2018
![Tajikistan sasar tarik pelancong Malaysia susulan pelonggaran polisi seberang sempadan Tajikistan sasar tarik pelancong Malaysia susulan pelonggaran polisi seberang sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81532060351_DUTATAJIKISTAN.jpg)
Dr Muzaffar Muhammadi berkata hubungan antara Tajikistan dan Uzbekistan kini semakin mesra. Foto tajemb-my.org
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739720652_AmarDouglas.jpg)
Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
![Lawatan PM perkukuh hubungan Malaysia-Korea menjelang ulang tahun ke-65 - Duta Besar Lawatan PM perkukuh hubungan Malaysia-Korea menjelang ulang tahun ke-65 - Duta Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732436915_TBZAMRUNIKOREA.jpg)
Lawatan PM perkukuh hubungan Malaysia-Korea menjelang ulang tahun ke-65 - Duta Besar
Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Korea akan memperkukuh jalinan dua negara menjelang ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-Korea.
![Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709033369_TBLunarNewYear.jpg)
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
![Kerajaan perlu selaras elaun sara hidup pelajar Malaysia di AS - Nazri Kerajaan perlu selaras elaun sara hidup pelajar Malaysia di AS - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666315986_UMNOPafangRengas.jpg)
Kerajaan perlu selaras elaun sara hidup pelajar Malaysia di AS - Nazri
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan supaya tiada perbezaan kadar di antara pelajar-pelajar tajaan agensi kerajaan di negara tersebut.
![Dilantik sebagai duta ke AS, keutamaan Nazri bantu negara bukan kerana gaji Dilantik sebagai duta ke AS, keutamaan Nazri bantu negara bukan kerana gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666315986_UMNOPafangRengas.jpg)
Dilantik sebagai duta ke AS, keutamaan Nazri bantu negara bukan kerana gaji
"Saya pun macam perdana menteri... juga saya tak perlu gaji ini. Saya adalah duit sikit."
![Sah, Tajuddin Abdul Rahman dilantik Duta Besar Malaysia ke Indonesia Sah, Tajuddin Abdul Rahman dilantik Duta Besar Malaysia ke Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637739387_TajuddinRahmanPas.jpg)
Sah, Tajuddin Abdul Rahman dilantik Duta Besar Malaysia ke Indonesia
Ahli Parlimen Pasir Salak itu mengesahkan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
![Duta Besar cerita cabaran proses repatriasi rakyat Malaysia dari Arab Saudi Duta Besar cerita cabaran proses repatriasi rakyat Malaysia dari Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51596974889_AbdRazakAbdulWahab.jpg)
Duta Besar cerita cabaran proses repatriasi rakyat Malaysia dari Arab Saudi
Sebanyak 11 penerbangan khas membawa pulang rakyat Malaysia dari Arab Saudi ketika pandemik COVID-19 melanda dunia sejak Mei lalu.
![Muhyiddin terima kunjungan empat Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Muhyiddin terima kunjungan empat Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51594373441_MuhyiddinDuta.jpg)
Muhyiddin terima kunjungan empat Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat daripada empat Duta Besar dan seorang Pesuruhjaya Tinggi yang baru dilantik.
![Wisma Putra dapatkan penjelasan duta berhubung isu sumbangan Masjid Al-Aqsa Wisma Putra dapatkan penjelasan duta berhubung isu sumbangan Masjid Al-Aqsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71557317330_WISMAPUTRA.jpg)
Wisma Putra dapatkan penjelasan duta berhubung isu sumbangan Masjid Al-Aqsa
Satu pertemuan dengan Duta Besar Palestin itu telah diadakan pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan isu tersebut.
![Bazaar Amal Malaysia di Jakarta tarik ribuan pengunjung Bazaar Amal Malaysia di Jakarta tarik ribuan pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71566724610_DutaBesarMalaysia.jpg)
Bazaar Amal Malaysia di Jakarta tarik ribuan pengunjung
Objektif utama program itu adalah untuk tujuan amal, namun ia turut menjadi platform dalam mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan dari Malaysia.
![Agensi umrah dinasihat sedia terima pelaksanaan e-visa Arab Saudi Agensi umrah dinasihat sedia terima pelaksanaan e-visa Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41570570981_TBMahmoudHussienSae.jpg)
Agensi umrah dinasihat sedia terima pelaksanaan e-visa Arab Saudi
Langkah itu dilihat tidak akan merugikan agensi pelancongan terbabit berikutan umat Islam di negara ini hanya perlu membayar RM573 (bayaran visa umrah dan muassasah), setahun.