KUALA LUMPUR:Lima pengendali telekomunikasi meneruskan komitmen menyokong keperluan pendidikan rakyat dengan menyediakan internet produktiviti 30GB secara percuma bagi tujuan pembelajaran, produktiviti serta melayari laman web berita sehingga 30 April, 2021.
Syarikat telekomunikasi itu adalah Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Bhd (TM) menerusi unifi Mobile.
Pengendali itu juga menyediakan penyambungan WiFi percuma kepada pelajar yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan melanjutkan waktu operasi Pusat Internet Komuniti (PIK) semasa tempoh mencabar ketika ini.
"Sejumlah 130 PPR dan 54 PIK di seluruh negara akan menumpu menyokong pelajar daripada keluarga B40 dengan penyambungan Internet percuma yang bertujuan memudahkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," kata syarikat telekomunikasi itu dalam satu kenyataan bersama, di sini, hari ini.
Sejak April 2020, semua pelanggan pasca bayar dan prabayar aktif pengendali masing-masing menikmati Internet produktiviti 30GB secara percuma sebulan, kecuali bagi media sosial, permainan, video dan penstriman muzik, melebihi peruntukan data bulanan daripada pelan sedia ada mereka.
Selain Internet percuma 30GB sebulan, pengendali juga menyediakan pakej data prabayar khas bagi pelajar SPM dan STPM serta pelajar di pusat pengajian tinggi.
Pakej data prabayar khas itu menawarkan data 15GB sebulan bagi bayaran serendah RM20 sebulan dan disediakan kepada pelajar dari 6 Jan, 2021 sehingga akhir April 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021
![Syarikat telekomunikasi terus sediakan internet produktiviti percuma 30GB Syarikat telekomunikasi terus sediakan internet produktiviti percuma 30GB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612239348_BaihaqiRizqi.jpg)
Pengendali itu juga menyediakan penyambungan WiFi percuma kepada pelajar yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan melanjutkan waktu operasi Pusat Internet Komuniti (PIK) semasa tempoh mencabar ketika ini. - Gambar fail
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714531536_Sekolah.jpg)
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
![Laksana pengajaran lebih banyak subjek menggunakan bahasa kebangsaan - Prof Ulung Laksana pengajaran lebih banyak subjek menggunakan bahasa kebangsaan - Prof Ulung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692771625_MuridSekolah.jpg)
Laksana pengajaran lebih banyak subjek menggunakan bahasa kebangsaan - Prof Ulung
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan bagi lebih banyak subjek di semua sekolah akan bantu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
![Kurikulum Kita: Mansuhkan pemisahan murid mengikut aliran di sekolah - Pakar pendidikan Kurikulum Kita: Mansuhkan pemisahan murid mengikut aliran di sekolah - Pakar pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682850378_MuridSekolah.jpg)
Kurikulum Kita: Mansuhkan pemisahan murid mengikut aliran di sekolah - Pakar pendidikan
Murid seharusnya diberikan ruang untuk belajar apa yang mereka suka dan mengikut kecenderungan mereka.
![KPM nilai semula subtopik yang tidak selari dengan keperluan murid KPM nilai semula subtopik yang tidak selari dengan keperluan murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692869046_membaca.jpg)
KPM nilai semula subtopik yang tidak selari dengan keperluan murid
KPM memaklumkan tindakan tersebut, dijalankan merujuk kepada aras yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
![KPM benar semula aktiviti luar bilik darjah KPM benar semula aktiviti luar bilik darjah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686108096_AktivitiLuarKPM.jpg)
KPM benar semula aktiviti luar bilik darjah
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan menerusi surat siaran dan garis panduan berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa pada Selasa.
![Guru bahagia lahirkan pelajar berjaya Guru bahagia lahirkan pelajar berjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-05/41463302887_gurucikguteacher.jpg)
Guru bahagia lahirkan pelajar berjaya
Bergelar seorang guru bukan satu tugas yang mudah namun menuntut kecekalan dan minat mendidik yang tinggi.
![Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, UNESCO usaha martabat bahasa orang asli Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, UNESCO usaha martabat bahasa orang asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678264421_MembacaBuku.jpg)
Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, UNESCO usaha martabat bahasa orang asli
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) meneruskan usaha mengangkat martabat bahasa orang asli di seluruh dunia.
![Belanjawan 2023: Penyaluran dana pendidikan harus berpaksi data, pemantauan berterusan Belanjawan 2023: Penyaluran dana pendidikan harus berpaksi data, pemantauan berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663988981_TBGURUAJARjpg.jpg)
Belanjawan 2023: Penyaluran dana pendidikan harus berpaksi data, pemantauan berterusan
Pelajar-pelajar ini bukan sahaja keciciran kerana situasi pandemik yang melanda dua tahun lalu, sebaliknya sudah bermula sejak bertahun lamanya
![Tragedi Batang Kali: Enam guru baharu ganti tenaga pengajar terkorban Tragedi Batang Kali: Enam guru baharu ganti tenaga pengajar terkorban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672383022_TBMEMORIALTANAHRUNTU.jpg)
Tragedi Batang Kali: Enam guru baharu ganti tenaga pengajar terkorban
Tenaga pengajar baharu akan menggantikan sesi pengajaran enam guru yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, dua minggu lalu.
![KPM tangguh cadangan kembalikan sesi persekolahan bermula Januari KPM tangguh cadangan kembalikan sesi persekolahan bermula Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665635166_PelajarSekolah.jpg)
KPM tangguh cadangan kembalikan sesi persekolahan bermula Januari
Keputusan untuk menangguhkan cadangan tersebut susulan mengambil kira aspek terhadap kebajikan guru, murid dan kesan kepada ekonomi negara.