Syarikat Malaysia digesa mengambil peluang daripada perdagangan sempadan antara Malaysia dan Thailand yang semakin berkembang, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Pesuruhjaya Perdagangan Matrade di Thailand, Niqman Rafaee M.Sahar, berkata syarikat Malaysia perlu memanfaatkan aktiviti perdagangan sempadan yang aktif untuk menembusi pasaran Thailand yang lebih besar.
"Kira-kira 60 peratus daripada perdagangan kita (Malaysia-Thailand) daripada aktiviti perdagangan sempadan.
"Oleh itu, syarikat Malaysia perlu mengambil peluang daripada aktiviti tersebut dengan mewujudkan usaha sama atau kerjasama dengan rakan kongsi Thailand," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Thailand, yang mempunyai 69 juta penduduk dan 77 wilayah, merupakan pasaran yang besar kepada syarikat Malaysia dan dengan rakan kongsi tempatan, ia akan memudahkan kemasukan mereka ke pasaran Thailand.
Pada tahun lepas, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Thailand mencecah RM86 bilion, meningkat sebanyak 8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Katanya antara produk yang diniagakan ialah getah, kayu, komputer, alat ganti kereta, penjana motor, produk agro, makanan yang diproses, serta barangan elektrik dan elektronik.
Niqman Rafaee berkata Matrade akan menganjurkan ekspo perdagangan sempadan di Kota Bharu dari 17-19 Ogos ini dalam usaha untuk merancakkan lagi aktiviti perdagangan sempadan.
"Lebih 100 buah syarikat Malaysia akan menyertai acara itu pada tahun ini.
"Pada acara tersebut pada tahun lepas, yang diadakan di Songkhla, selatan Thailand, mencatatkan AS$20 juta (AS$1=RM4.05) nilai perjanjian usaha sama antara syarikat kedua-dua negara dan AS$2 juta jualan langsung bagi syarikat Malaysia," katanya.
Niqman Rafaee berkata syarikat Thailand telah meluaskan operasi mereka di pasaran CLMV (Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam) serta di Malaysia dan ia perlu mendapatkan pelbagai produk dan bahan mentah.
"Ini merupakan peluang kepada syarikat Malaysia untuk menjadi pembekal kepada syarikat Thailand," katanya.
Katanya kerajaan Thailand turut merancang untuk membelanjakan kira-kira RM30 bilion dalam infrastruktur terutamanya dalam pengangkutan kereta api dan ia merupakan peluang kepada industri besi dan keluli Malaysia.
Mengenai trend perdagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand pada tahun ini, katanya ia adalah positif sepanjang tahun ini berikutan ekonomi Thailand dijangka menyaksikan sedikit pemulihan.
Katanya Bank of Thailand (BOT) menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini berkembang pada 3 peratus manakala bank-bank tempatan mengunjurkan ekonomi mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.5 peratus.
Bernama
Sun Mar 20 2016

Dengan menjalin hubungan perniagaan dengan rakan kongsi tempatan, ia akan memudahkan kemasukan syarikat Malaysia ke pasaran Thailand.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

Lebih 35 juta pelancong kunjungi Thailand pada 2024
China kembali menjadi sumber utama pelancong ke Thailand dengan lebih daripada enam juta pelawat pada tahun lalu, diikuti oleh Malaysia dan India.

Thailand catat KDNK 1.5 peratus dalam suku pertama
KDNK dalam tempoh Januari-Mac perlahan disebabkan oleh penurunan dalam pelaburan awam, perbelanjaan kerajaan dan eksport barangan.

PM Thailand minta bank tawar kadar faedah lebih rendah untuk bantu ekonomi
Kumpulan terdedah seperti PKS mempunyai masalah dengan kadar faedah yang tinggi, tegas Srettha Thavisin.

Ekonomi Thailand tumbuh 2.5 peratus suku kedua
Thailand meneruskan pemulihan pasca pandemik COVID-19 yang disokong peningkatan eksport dan pemulihan sektor pelancongan.

Syarikat Malaysia digesa manfaat peningkatan perdagangan sempadan dengan Thailand
Thailand yang mempunyai 69 juta penduduk dan 77 wilayah merupakan pasaran yang besar kepada syarikat Malaysia.