KUALA LUMPUR: Kaji selidik oleh Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) mendapati bahawa peratusan syarikat Jepun di Malaysia yang menjangka keuntungan daripada operasi telah meningkat, daripada 50.0 peratus pada 2020 kepada 59.7 peratus pada 2021 dan 63.0 peratus pada 2022.
Menurut kaji selidik itu, unjuran keuntungan daripada operasi pada 2023 menunjukkan bahawa peratusan mereka yang menjangka kemerosotan menurun dengan ketara di semua enam negara ASEAN.
"Di Malaysia, peratusan 'bertambah baik' meningkat sedikit kepada 47.4 peratus manakala peratusan 'merosot' menurun sebanyak 12.5 mata peratusan daripada 19.9 peratus kepada 7.4 peratus," lapor Jetro.
Mengenai hala tuju pembangunan perniagaan dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang, sebanyak 48.4 peratus daripada syarikat Jepun di Malaysia menyatakan bahawa mereka akan berkembang, naik 5.2 mata peratusan daripada 43.2 peratus pada tahun sebelumnya.
Katanya kadar kenaikan itu adalah yang terbesar dalam kalangan enam negara-negara Asean utama.
Kos buruh dalam sektor pembuatan di Malaysia sebanyak 21.1 peratus dan kos bahan menyumbang 58.5 peratus.
Berbanding dengan kaji selidik pada 2019, Malaysia merupakan satu-satunya negara dalam kalangan enam negara-negara Asean utama yang mencatatkan penurunan dalam nisbah kos bahannya.
Sementara itu, penilaian positif terhadap persekitaran perniagaan Malaysia berada pada 60.5 peratus, dengan responden menyatakan kemudahan bahasa dan komunikasi serta persekitaran kehidupan untuk ekspatriat sebagai kelebihan.
Kos buruh, prosedur visa/permit kerja dan tahap kadar perolehan dinyatakan sebagai risiko. Ini terutamanya, peratusan yang tinggi syarikat melaporkan "kadar pengekalan pekerja" sebagai masalah pengurusan.
Menurut kaji selidik itu, "dalam kalangan enam negara-negara Asean utama, Malaysia mempunyai jumlah syarikat tertinggi yang menjawab bahawa mereka mempunyai sasaran berkaitan penyahkarbonan, pada 23.1 peratus."
"Isu-isu yang dinyatakan termasuklah kos yang meningkat, dasar kerajaan yang tidak jelas dan kesedaran yang rendah. Terdapat juga suara yang berpandangan bahawa kekurangan insentif untuk penyahkarbonan sebagai satu isu," katanya.
Ia turut menyatakan bahawa kesedaran mengenai isu hak asasi manusia dalam rantaian bekalan adalah tinggi di Malaysia dalam kalangan enam negara-negara Asean utama, dengan 65.7 peratus melihatnya sebagai isu pengurusan.
Dapatan itu, yang merupakan kaji selidik ke-36 sejak 1987, telah dijalankan dari 22 Ogos 2022 hingga 21 Sept 2022.
Kaji selidik itu termasuk Vietnam, Thailand, Singapura, Indonesia, Malaysia dan Filipina.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023

Menurut kaji selidik itu, unjuran keuntungan daripada operasi pada 2023 menunjukkan bahawa peratusan mereka yang menjangka kemerosotan menurun dengan ketara di semua enam negara ASEAN. -www.jetro.go.jp

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Sentimen perniagaan Jepun tertinggi dalam lima tahun
Sentimen perniagaan Jepun di Malaysia, yang mencapai kemuncaknya selama lima tahun, dijangka bertambah baik pada separuh kedua 2018 dan pada masa akan datang, demikian menurut hasil kajian dalam talia