KUALA LUMPUR: Syarikat pengisar makanan berkaitan bekalan ayam yang dikesan melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Jumaat lalu dijangka berdepan impak dari segi kewangan sekiranya mereka didapati bersalah melanggar akta tersebut yang juga dikenali sebagai perjanjian kartel.
Melalui perjanjian terbabit, kelima-lima syarikat itu dikesan menaikkan kuantum harga makanan ternakan ayam di negara ini antara 2020 hingga pertengahan 2022.
Kelima-lima syarikat itu ialah Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd; FFM Berhad; Gold Coin Feedmills (Malaysia) Sdn Bhd; Leong Hup Feedmill Malaysia Sdn Bhd dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd.
Menurut MIDF Research, berdasarkan seksyen 40(1) akta tersebut, jika MyCC telah menentukan bahawa seksyen 4 telah dilanggar selepas perbicaraan, suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan tidak melebihi 10% daripada hasil kilang makanan kumpulan untuk tempoh yang berkaitan.
Firma itu berkata, dalam situasi keadaan kewangan terburuk, penalti kewangan yang dikenakan antara RM74.4 juta hingga RM744.4 juta berdasarkan penalti kewangan terhadap Leong Hup International Bhd. (anak syarikatnya, Leong Hup Feedmill Malaysia) antara 1 hingga 10% sejak awal 2020 hingga pertengahan 2022.
"Penalti kewangan ini akan mengheret turun hasil Leong Hup International bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22) antara 0.9 hingga 9% manakala pendapatan bersih pula susut 63 hingga 633%," katanya dalam nota kajian hari ini.
Bagaimanapun, ia mengekalkan saranan 'neutral' terhadap Leong Hup International dengan harga sasaran pada 47 sen buat masa ini susulan penemuan MyCC itu masih di peringkat awal dan arahan yang dicadangkan masih belum diputuskan.
"Namun, kami menyedari pemampatan margin akan berterusan dalam tempoh terdekat berikutan harga bahan mentah yang tinggi dan juga kawalan harga ayam dan telur di Malaysia," jelasnya.
Sementara itu, Malayan Flour Mills Bhd. dijangka berdepan penalti kewangan sehingga 10% kepada hasil syarikat susulan anak syarikatnya, Dindings Poultry Development Centre juga dikesan melanggar akta tersebut.
Menurut AmInvestment Bank Research, berdasarkan pegangan Malayan Floir Mills sebanyak 51% dalam syarikat usaha sama itu, ia akan menyaksikan aliran keluar tunai sebanyak RM80.4 juta.
"Ini akan menghakis anggaran untung bersih kumpulan sebanyak RM84.7 juta bagi FY22. Tetapi, dengan hanya sekali sahaja penalti, jika ada, untung bersihnya akan kembali pulih pada FY23," katanya.
Oleh itu, ia mengekalkan saranan 'beli' terhadap Malayan Flour Mills dengan nilai wajar berubah pada RM1.
"Walaupun terdapat risiko penalti kewangan, tetapi kami mengekalkan saranan kami, kerana tidak termasuk penalti kewangan, jika ada, kami percaya bahawa unit ternakan akan kembali mencatat untung pada FY22," katanya.
Bagi PPB Group pula, AmInvestment berkata, anak syarikat pegangan 80% miliknya, FFM turut dikesan melanggar Akta Persaingan 2010.
Firma itu masih mengekalkan saranan 'beli' terhadap PPB tetapi menyemak turun harga sasarannya kepada RM19.30 berbanding RM19.90 sebelum ini dangan penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) juga diturunkan kepada 3 bintang susulan dakwaan terlibat dalam perjanjian kartel ayam.
Menurutnya, susulan 10% penalti dikenakan terhadap hasil pengilangan makanan ternakan, dijangka penalti dikenakan sebanyak RM34.1 juta.
"Anggaran ini mengambil kira pengilangan makanan ayam merangkumi 5% daripada perniagaan tani dan bijirin kumpulan yang menyumbang hasil sebanyak RM6.8 bilion bagi FY20 dan FY21. Penalti ini akan mengurangkan untung bersih PPB sebanyak 2.3% bagi FY22.
"Jika sebaliknya, kami mengandaikan bahawa penalti 10% adalah pada keseluruhan bahagian bijirin dan perniagaan tani sebanyak RM3.1 bilion pada FY20 dan RM3.7 bilion pada FY21, penalti adalah kira-kira RM682.5 juta. Ini akan mengurangkan keuntungan bersih FY22 sebanyak 45.6%," jelasnya.
Namun, firma itu mendapati pengilangan makanan ternakan hanyalah sebahagian kecil daripada perniagaan PPB memandangkan segmen itu mempunyai aktiviti pengilangan tepung, pengilangan makanan ternakan dan penternakan.
"Kami berpendapat, sekiranya penalti itu kenakan, ia hanya sekali sahaja dan untung bersih PBB dijangka kembali pulih pada FY23 disokong oleh hasil yang lebih tinggi menerusi semua segmen perniagaannya," katanya.
Setakat 10.26 pagi ini, harga saham Leong Hup International kekal tidak berubah pda 52 sen manakala Malayan Flour Mills menokok 1.5 sen atau 2.46% kepada 62.5 sen, sebaliknya PPB susut 14 sen atau 0.85% kepada RM16.40 sesaham. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Aug 08 2022
Pemampatan margin akan berterusan dalam tempoh terdekat berikutan harga bahan mentah yang tinggi dan juga kawalan harga ayam dan telur di Malaysia. - Gambar hiasan/DagangNews
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Syarikat dikesan terlibat perjanjian kartel ayam dijangka berdepan impak kewangan jika penalti dikenakan
Kelima-lima syarikat itu dikesan menaikkan kuantum harga makanan ternakan ayam di negara ini antara 2020 hingga pertengahan 2022.