KUALA LUMPUR: Anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS), Aqua-Flo Sdn Bhd telah memperoleh kontrak pembekalan bernilai RM91.6 juta daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) untuk membekal, mengangkut, dan menghantar bahan kimia air ke lokasi loji rawatan air.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, KPS berkata kontrak itu akan berlangsung selama 14 bulan dari 1 Nov 2021 hingga 31 Disember 2022.
"Kontrak tersebut, yang diperoleh melalui tender terbuka, mempunyai pilihan untuk dilanjutkan berdasarkan kepada permintaan daripada Air Selangor," katanya, lapor Bernama.
Syarikat itu berkata, kontrak tersebut diharapkan dapat memberi sumbangan positif kepada aset bersih dan pendapatan KPS bermula dari tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 hingga 2022.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Fariz Hassan berkata, permintaan yang semakin meningkat untuk bahan kimia oleh pengendali air terbesar di Malaysia itu menunjukkan keyakinan Air Selangor terhadap Aqua-Flo dalam memainkan peranan penting memastikan kelestarian bekalan air bersih dan selamat di Selangor.
"Disokong oleh rekod prestasi kami yang konsisten dalam menyediakan produk berkualiti dengan harga yang kompetitif, kontrak baharu ini menjadikan status AquaFlo sebagai salah satu peneraju pasaran dalam pembekalan bahan kimia rawatan air di negara ini," katanya.
Aqua-Flo sebelum ini memenangi kontrak dua tahun bernilai RM162.5 juta oleh Air Selangor dari 1 November 2018 hingga 31 Oktober 2020, yang kemudiannya dilanjutkan selama 12 bulan lagi sehingga 31 Oktober 2021 dengan nilai tambahan RM81.2 juta.
Ahmad Fariz Hassan
Ahmad Fariz Hassan
Melangkah ke hadapan, KPS menjangkakan pertumbuhan organik dalam perolehan nilai kontrak Aqua-Flo kerana ia terus mengukuhkan daya tarikannya dalam penjualan bahan kimia serta meningkatkan pendapatan daripada segmen perniagaan meter air dan peralatan daripada pelanggan sedia ada dan yang baharu.
Aqua-Flo adalah perintis tempatan dalam penyediaan dan pembekalan bahan kimia kepada industri rawatan air, sisa dan kumbahan yang membekalkan bahan kimia seperti klorin cair, polyaluminium klorida dan kapur terhidrat dan tawas cair. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Oct 22 2021
Aqua-Flo peroleh kontrak pembekalan bernilai RM91.6 juta daripada Air Selangor untuk membekal, mengangkut, dan menghantar bahan kimia air ke lokasi loji rawatan air. -Gambar hiasan
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Subsidiari Kumpulan Perangsang Selangor raih kontrak loji rawatan air RM91.6 juta Air Selangor
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, KPS berkata kontrak itu akan berlangsung selama 14 bulan dari 1 Nov 2021 hingga 31 Disember 2022.
Dagangan dalam Gamuda, Kumpulan Perangsang Selangor digantung
Kedua-dua syarikat memohon penggantungan sementara menunggu pengumuman penting, menurut mereka dalam makluman kepada bursa tempatan hari ini.
Kisah 'tauke' kambing dari Sabak Bernam
Setelah dua tahun mengusahakan ternakan kambing, Nizar Rabawi dan Hafiz Alimi kini mampu menarik nafas lega dengan hasil jualan RM20 ribu hingga RM30 ribu sebulan.