Studio bertaraf dunia, Pinewood Iskandar Malaysia Studio (PIMS) pada Sabtu dibuka dengan rasminya dimana ia bakal menyediakan pelbagai kemudahan dan teknologi pembuatan filem dan rancangan televisyen.
Studio yang bernilaiRM550 juta itu dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Nusajaya.
Pengarah PIMS, Datuk Mohd Badlisham Ghazali berkata kehadiran PIMS akan menjana idea kreativiti dalam pembuatan filem disamping membuka lebih 1,700 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Optimis kewujudan studio berkenaan akan mampu memberi limpahan dalam sektor lain seperti perhotelan dan logistik, pihaknya merancang akan memperluaskan Pinewood dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kemudahan bersepadu bertaraf dunia kita akan membentuk wilayah Iskandar dan Malaysia sebagai sebuah persekitaran penerbitan antarabangsa bagi multimedia. Pengaliran masuk penerbitan antarabangsa akan menarik perpindahan banyak syarikat media bertaraf dunia ke Malaysia,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pinewood Iskandar Malaysia Studio di Nusajaya.
PIMS yang berkeluasan 50 ekar itu turut menyediakan 100,000 kaki persegi pentas untuk membuat filem dan 24,000 kaki persegi studio televisyen.
Selain menyediakan fasiliti pasca produksi, bilik persalinan dan bilik solekan serta tangki air untuk pengambaran filem turut disediakan.
PIMS yang siap sepenuhnya pada Disember 2013 kini rancak menjalankan penggambaran untuk siri televisyen, Marco Polo yang merupakan filem pertama dibuat di situ.
“Siri 10 episod yang membawa babak-babak peperangan dan seni mempertahankan diri itu akan ditayangkan buat kali pertama di AS dalam suku pertama tahun ini. Ia akan melibatkan perbelanjaan dalam negeri sebanyak RM100 juta," kata Mohd Badlisham
Astro Awani
Sat Jun 14 2014

Studio bertaraf dunia, Pinewood Iskandar Malaysia Studio (PIMS) dibuka dengan rasminya.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.

Iran berminat kerjasama dengan Malaysia dalam industri filem
Sekumpulan pembikin filem Iran akan melawat Malaysia bulan depan sempena Festival Filem Iran untuk meneroka dan membincangkan peluang kerjasama.

Filem Soloz: Game of Life janjikan pengalaman segar, berbeza buat penonton
Filem Soloz: Game of Life yang memaparkan kisah benar perjalanan hidup ikon e-sukan tanah air Muhammad Faris Zakaria, menjanjikan pengalaman segar dan berbeza buat penonton.

Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.

Filem 'Abang Adik' wakili Malaysia di Anugerah Akademi ke-97
Pemilihan filem arahan sulung pengarah Jin Ong itu dibuat hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) Finas.

Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu
Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air.

Afdlin Shauki saran pengarah muda sertai komuniti PFM
PFM mampu menjadi wadah untuk menimba ilmu berkenaan kaedah yang tepat menghasilkan filem, daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima
Erma percaya strategi yang mantap, selain karya yang betul dan berkualiti adalah kunci untuk menjayakan misi tersebut.

Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau
Usanita Sdn Bhd berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia.

Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.