GEORGE TOWN: StarFive Technology, peneraju dalam pembangunan teknologi dan ekosistem RISC-V di China akan melabur sebanyak RM250 juta bagi tempoh lima tahun akan datang untuk membuka pusat reka bentuk pertamanya di Asia Tenggara di GBS@Mayang, Pulau Pinang.
Naib Presiden dan Pengurus Besar StarFive Technology Malaysia Ong Chin Hu berkata Pulau Pinang dipilih sebagai destinasi bagi pengembangannya berikutan ketersediaan tenaga kerja dan status negeri itu sebagai Lembah Silikon yang memiliki reka bentuk litar bersepadu paling unggul di Asia.
Beliau berkata StarFive Technology Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang pada Mei tahun lepas dan kumpulan itu akan terus mengembangkan pusat reka bentuknya sebagai hab inovasi bertaraf dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Pada masa depan, StarFive Technology akan membuat pelaburan tambahan sebanyak RM250 juta bagi pengembangan dalam tempoh lima tahun akan datang untuk mencipta pelbagai pekerjaan bernilai tinggi dan berpendapatan tinggi dan berhasrat untuk menjadi pusat inovasi bertaraf dunia," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman pelaburan itu di sini, semalam, yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Konsulat Jeneral China di Pulau Pinang Lu Shiwei.
Ong berkata StarFive Technology mempunyai portfolio lengkap siri RISC-V CPU IP, penyelesaian System on Chip (SoC) perisian dan perkakasan yang berasaskan platform.
Menurutnya, StarFive Technology komited untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan dan universiti tempatan bagi mempromosikan RISC-V open-source Instruction Set Architecture (ISA).
"Semakin banyak syarikat semikonduktor utama dunia menyertai komuniti RISC-V dan visi jangka panjang StarFive Technology adalah untuk mempromosi dan menyediakan tahap baharu platform perisian dan perkakasan terbuka yang boleh diperluaskan pada senibina pengkomputeran bagi merealisasikan visi pengkomputeran hijau, tenaga hijau dan bandar raya pintar," katanya.
Beliau berkata StarFive Technology juga merancang mengembangkan pasarannya di rantau ini pada masa depan.
Sementara itu, Chow berkata sebagai satu daripada negeri paling pesat membangun di Malaysia, Pulau Pinang digelar sebagai magnet tenaga kerja di wilayah utara kerana negeri itu memiliki sekumpulan besar tenaga kerja yang bukan hanya semata-mata untuk tugasan memproses tetapi juga merangkumi penyelidikan, reka bentuk dan pembangunan - disokong oleh kemahiran khusus dan kecerdasan kumulatif.
"Kita akan terus menerajui pembangunan ekosistem mampan, dibuktikan oleh kecemerlangan industri dan tenaga kerja berkualiti yang berdekad-dekad lamanya dalam usaha menarik lebih banyak pelabur berkualiti tinggi dan mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi pada masa akan datang," katanya.
Produk dan penyelesaian syarikat StarFive Technology, yang ditubuhkan pada 2018 dan beribu pejabat di Shanghai, digunakan dalam perkakas rumah pintar, pemantauan pintar, robot perindustrian, pengurusan trafik, logistik pintar, peranti sesuai dipakai, storan padu, komunikasi rangkaian dan pengkomputeran canggih.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022
Chow berkata Pulau Pinang memiliki sekumpulan besar tenaga kerja yang bukan hanya semata-mata untuk tugasan memproses tetapi juga merangkumi penyelidikan, reka bentuk dan pembangunan. - Gambar fail BERNAMA
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyat
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
StarFive Technology dari China akan labur RM250 juta buka pusat reka bentuk di Pulau Pinang
Pulau Pinang dipilih berikutan statusnya sebagai Lembah Silikon yang memiliki reka bentuk litar bersepadu paling unggul di Asia.