KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) memperuntukkan RM100 juta menerusi Program Pengukuhan Mikro MADANI (Mikro MADANI) bagi membantu 20,700 usahawan perusahaan mikro.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, program berkenaan menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk geran, pinjaman dan baucar pendaftaran status perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
“Kriteria pertama, perusahaan atau syarikat itu memiliki kurang daripada lima orang pekerja, ataupun jualan tahunan perusahaan itu tidak melebihi RM300,000 satu tahun.
“Itu syarat yang membolehkan PMKS memohon mendapat pembiayaan. Bagi kategori mikro program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) pula, kita sudah ada permohonan terdahulu yang telah dikemukakan tetapi kerana keterbatasan atau limitasi, peruntukan pada masa itu begitu banyak sekali, permohonan di bawa ke hadapan dan Kementerian bersetuju ia dipertimbangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program pengukuhan Mikro MADANI di Hotel Marriot Putrajaya pada Rabu.
Program Mikro MADANI menyediakan bantuan kewangan melalui lima inisiatif iaitu Geran Perniagaan Mikro (GPM), Pembiayaan Perniagaan Mikro (Micro Biz Financing – MBF), Geran Perniagaan Belia Mikro @ TUBE (Tunas Usahawan Belia Bumiputera), Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) Plus Sabah dan Sarawak dan Baucar Status PMKS.
Jelasnya lagi, bantuan dalam bentuk geran padanan sehingga 70 peratus kos projek bertujuan membantu PMKS meningkatkan keupayaan dan kapasiti usahawan antaranya melalui perolehan mesin dan peralatan, penambahbaikan pembungkusan produk, sewaan premis perniagaan dan pelaksanaan aktiviti promosi untuk meningkatkan jualan dan penjenamaan.
Tambah beliau, permohonan bagi program berkenaan telah dibuka dan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang http://smecorp.gov.my/MIKROMADANI.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia Rizal Nainy berkata pihaknya akan melaksanakan beberapa siri jelajah bagi mempromosikan program Mikro MADANI di seluruh negara bermula 22 Sept ini.
Katanya siri jelajah itu akan bermula di Kuantan, Pahang sebelum diteruskan ke lokasi lain dan dijangka berakhir di Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Oktober.
Beliau berkata SME Corp. Malaysia akan terus memberi sokongan kepada usahawan PMKS supaya keupayaan sektor itu dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi serta melonjakkan sumbangan kepada ekonomi negara.
PMKS mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan sebanyak 11.6 peratus pada 2022 berbanding 1.3 peratus pada 2021.
Faida Rahim
Thu Sep 21 2023
Ewon Benedick berkata program berkenaan menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk geran, pinjaman dan baucar pendaftaran status PMKS. - Gambar Bernama
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Rakyat Malaysia diberi ingatan hujan lebat, risiko banjir di Selatan Thailand
Konsulat Malaysia di Selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan rancangan perjalanan ke wilayah itu kerana hujan lebat telah mencetuskan banjir yang meluas di beberapa kawasan.
KPKT tidak sekat permohonan dana selenggara rumah ibadat bukan Islam - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyekat mana-mana permohonan dana bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI), kata Menterinya Nga Kor Ming.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Sarawak diunjur catat pertumbuhan 5-6 peratus pada 2024 - Abang Johari
Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.
107 mangsa konflik hidupan liar terima bantuan RM608,000 tahun ini
Perhilitan menyalurkan RM608,000 kepada 107 mangsa yang terlibat dalam konflik dengan hidupan liar, setakat Oktober tahun ini.
Lutut terkehel perlu pembedahan besar, pemain wanita negara mohon bantuan kewangan
Kecederaan lutut yang dialaminya menyaksikan gandingan itu terpaksa menarik diri untuk memberikan laluan kepada Go Pei Kee-Teoh Mei Xing.
Suruhanjaya Eropah peruntukkan 120 juta euro, bantu petani terjejas akibat cuaca buruk
Suruhanjaya Eropah mengumumkan cadangan bantuan kewangan sebanyak 119.7 juta euro (US$141.4 juta) bagi menyokong petani yang terjejas akibat cuaca buruk sepanjang musim bunga dan musim panas lalu.
Mengharap Bajet 2025 lebih 'hijau'
Bajet 2025 dinanti dengan penuh harapan oleh para pencinta alam sekitar dan biodiversiti agar kerajaan akan meneruskan agenda melindungi persekitaran negara.
Skim tanaman semula sawit cecah RM45 juta, meliputi 6,724 hektar - MPOB
Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.