SimplySiti Sdn Bhd yang diasaskan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, berhasrat melebarkan sayapnya dengan menembusi pasaran kosmetik Indonesia menjelang separuh pertama 2017.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkata pihaknya kini dalam proses rundingan dengan beberapa pihak yang berpotensi menjadi rakan usaha sama di Indonesia.
Syarikat itu akan memanfaatkan populariti Siti Nurhaliza di negara jiran berkenaan dengan membuka cawangan di bandar utama, termasuk Jakarta sebagai lokasi pertamanya.
"Siti Nurhaliza akan turut mengadakan konsert besar-besaran di lima hingga enam bandar Indonesia pada tahun depan yang menjadi kesempatan terbaik untuk pelancaran produk SimplySiti kami," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis kolaboratif antara SimplySiti dan AirAsia BIG Duty Free, di sini, hari ini.
Di bawah kerjasama itu, dua produk didatangkan dalam edisi khas iaitu bedak muka Simply Elegant 2-Way dan pengilat bibir Simply Elegant Lip Gloss Duo Edisi AirAsia, akan dijual dalam semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X mulai 1 September, 2016.
Khalid turut menyifatkan usaha kolaboratif dengan jenama global seperti AirAsia memberi peluang kepada syarikat berkenaan meninjau peluang di negara ASEAN lain selepas ini.
"Kami melihatnya sebagai kolaboratif baik kerana AirAsia mahupun Simply Siti memiliki asas pelanggan daripada kalangan berpendapatan sederhana yang mahu membeli produk berkualiti pada harga berpatutan," katanya.
Ketika ini, SimplySiti mencatat jualan tahunan antara RM30 juta dan RM40 juta dan ia menyasarkan untuk menggandakan angka itu menjelang tahun depan menerusi pengembangannya ke Indonesia.
Bagi pasaran tempatan, kata Khalid, produk SimplySiti itu boleh dibeli di premis farmasi seperti Guardian dan Watsons.
"Kami juga merancang untuk membuka 10-15 cawangan butik menjelang akhir tahun ini," katanya.
Bernama
Mon Sep 05 2016
Produk SimplySiti sedia menjengah pasaran Indonesia. - Foto Bernama
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan
Amerika Syarikat pula semakin hilang populariti sebagai sebuah lokasi perniagaan menurut satu tinjauan baharu.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
Jelajah Jiwa SME Astro AWANI bakal bertemu PMKS Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini
Ikuti sesi perkongsian dari pakar industri, usahawan PMKS, bengkel ilmu dan pameran berserta jualan produk-produk tempatan.
PETRONAS Chemicals catat keuntungan selepas cukai RM633 juta bagi 2Q 2023
PCG turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM640 juta, meliputi 55 peratus PAT bagi 1H 2023 dan kepentingan bukan kawalan
Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan
Menurut laporan Bloomberg News, Syarikat Grab Holdings merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik.
Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia
Idea menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia itu tercetus atas permintaan pelanggan.
MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai
Potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian, seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.
'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal
Ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial.
Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan
Banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.