Agenda utama sidang kumpulan G8 adalah kerjasama untuk membanteras pelarian cukai dan meningkatkan ketelusan angara kerajaan.

Dalam masa yang sama, isu Syria, pengurangan sekatan dangan Amerika dan Eropah turut akan dibincangkan.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berjanji akan menerangkan strateginya untuk meningkatkan pertumbuhan jangka panjang.

Dalam masa enam ke tujuh bulan Jepun di bawah kepimpinan Abe menyaksikan nilai Yen jatuh dari 80 Yen kepada 94 Yen berbanding dollar.

Ini adalah antara usaha Abe untuk meningkatkan kadar inflasi negara berkenaan dan membawa Jepun keluar dari kemelesetan 20 tahun.

Yen yang rendah membantu meningkatkan eksport Jepun.

Namun kejatuhan Yen meningkatkan kegusaran pengeksport besar lain termasuk German.

Abe turut dijadualkan bertemu Canselor German Angela Merkel dalam sidang di Ireland Utara itu.