Sudah masanya untuk semua pihak berganding bahu dan mempunyai pemikiran yang sama dalam menongkah arus Revolusi Perindustrian Keempat atau Industri 4.0.
Tidak hanya kepada pemain industri, malah kerajaan, golongan akademik, insititusi pendidikan, serta masyarakat seluruhnya tidak boleh lagi bekerja dalam kepompong sendiri atau silo dan harus berkongsi segalanya untuk mencapai sasaran yang sama.
“Semua perlu ada pemikiran dan semangat ‘entreprenuerial’ atau keusahawanan.
Bukan menjadi usahawan, tetapi memiliki pemikiran sedemikian.
“Barulah setiap daripadanya berfikir untuk menyelesaikan masalah bersama, bukannya menyalahkan mana-mana pihak apabila sesuatu yang disasarkan tidak tercapai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Datuk Norhalim Yunus.
Apabila persefahaman terjalin, ia membolehkan pemindahan ilmu pengetahuan daripada para akademia bagi menyelesaikan segala macam masalah yang dihadapi usahawan, sekaligus meningkatkan produktiviti dan seterusnya pengkomersialan produk yang dihasilkan.
Maka, penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan di institusi pengajian tinggi dan pusat-pusat kajian tidak akan disiakan dan dapatannya akan diterap untuk manfaat industri.
Malah sebenarnya kata Norhalim lagi, penyelidikan tidak lagi harus dijalankan bagi memenuhi kehendak sesuatu syarikat atau pihak yang menaja, tetapi untuk kebaikan sejagat.
“Melihat gambaran yang lebih besar, kita perlu ada rasa tanggungjawab yang dikongsi bersama, untuk membangunkan seluruh industri,” ujarnya dalam sesi dialog ‘Mendemokrasikan Pengkomersialan melalui Kolaborasi Antara Institut’ pada hari kedua Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Justeru katanya, MTDC sentiasa memainkan peranan mendorong para usahawan mengembangkan potensi penghasilan produk dan pasaran sejak 25 tahun yang lepas, dan kini mereka bertindak menjadi ‘orang tengah’ menggerakkan idea kolaborasi antara institut ini.
Selain menjadi badan dana, MTDC turut menganjurkan program kolaborasi antara industri dengan universiti dengan membantu graduan berijazah mengkomersialkan hasil penyelidikan melalui penerbitan syarikat-syarikat ‘start-up’.
MTDC juga ada membangun dan menyediakan pusat-pusat teknologi di beberapa universiti untuk syarikat-syarikat bertapak di dalam kampus dan bekerjasama dengan institusi pengajian terbabit.
Israr Khalid
Wed Dec 13 2017
Norhalim Yunus dalam sesi dialog Mendemokrasikan Pengkomersialan menerusi Kolaborasi Antara Institut pada Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2017. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
MTDC jangka perjalanan teknologi lebih pesat, perkembangan ekosistem keusahawanan
Semakin ramai anak muda kini menunjukkan minat yang tinggi untuk berkecimpung dalam bidang teknologi.
MTDC meterai perjanjian dengan Real Tech sertai dana VC, teroka teknologi maju
Ia merupakan dana modal teroka ditubuhkan untuk melabur dalam syarikat tidak tersenarai di rantau ASEAN dengan teknologi maju.
MTDC komited martabatkan graduan tempuhi cabaran Industri 4.0
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) melancarkan program Graduate Employability Industri 4.0 buat julung kalinya bagi memartabatkan graduan IPTA.
Setiap pihak perlu ada pemikiran keusahawanan untuk capai Industri 4.0
Tidak hanya kepada pemain industri, malah kerajaan, golongan akademik, insititusi pendidikan, serta masyarakat seluruhnya tidak lagi boleh bekerja dalam kepompong sendiri atau silo.