KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) pada Rabu menandatangani perjanjian dengan kumpulan dari Jepun, Real Tech Holdings Co. Ltd untuk menyertai Real Tech Fund Investment Partnership Global 1.
Ia merupakan dana modal teroka ditubuhkan untuk melabur dalam syarikat tidak tersenarai di rantau ASEAN dengan teknologi maju.
Perjanjian itu turut memformalkan penyertaan MTDC dalam dana tersebut serta sokongan kepada syarikat penerima pelaburan dalam pelbagai aspek khususnya untuk pengembangan ke pasaran Jepun.
Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus berkata, dengan menyertai dana itu, ia bakal memberi peluang untuk melabur bersama dengan syarikat Jepun dan kumpulan industri berasaskan teknologi yang berpotensi.
“Ini akan memberikan peluang untuk MTDC mencadangkan syarikat berpotensi dalam ekosistem MTDC kepada dana tersebut.
“Ia dijangkakan mewujudkan akses lebih baik kepada syarikat Malaysia yang terpilih berkaitan usaha dan kerjasama di luar negara, khususnya untuk pasaran Jepun,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Dalam pada itu, ia juga akan menarik minat syarikat dari Jepun terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia untuk bekerjasama dalam pelaburan dan pemindahan teknologi.
Sebanyak 10 syarikat besar Jepun menyertai dana tersebut dengan saiz sebanyak US$31 juta dan MTDC menjadi peserta tunggal yang bukan dari Jepun.
Astro Awani
Thu May 20 2021
![MTDC meterai perjanjian dengan Real Tech sertai dana VC, teroka teknologi maju MTDC meterai perjanjian dengan Real Tech sertai dana VC, teroka teknologi maju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621493660_MTDC.jpg)
MTDC pada Rabu menandatangani perjanjian dengan Real Tech Holdings Co. Ltd untuk menyertai Real Tech Fund Investment Partnership Global 1. - Foto MTDC
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721104956_JDVance.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
Gaza perlukan 15 tahun bersih runtuhan akibat perang Israel
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) maklumkan Kerja-kerja pembersihan Semenanjung Gaza daripada runtuhan akibat serangan maut berterusan Israel akan mengambil masa kira-kira 15 tahun.
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
![MTDC meterai perjanjian dengan Real Tech sertai dana VC, teroka teknologi maju MTDC meterai perjanjian dengan Real Tech sertai dana VC, teroka teknologi maju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621493660_MTDC.jpg)
MTDC meterai perjanjian dengan Real Tech sertai dana VC, teroka teknologi maju
Ia merupakan dana modal teroka ditubuhkan untuk melabur dalam syarikat tidak tersenarai di rantau ASEAN dengan teknologi maju.
![RM20 juta diperuntukkan kepada 200 usahawan pertanian RM20 juta diperuntukkan kepada 200 usahawan pertanian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617797686_TBRonaldKiandee.jpg)
RM20 juta diperuntukkan kepada 200 usahawan pertanian
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memperuntukkan sejumlah RM20 juta kepada 200 usahawan dalam merealisasikan pengaplikasian amalan moden dan pintar dalam sektor pertanian.
![MTDC bantu syarikat teknologi tempatan ke pasaran antarabangsa MTDC bantu syarikat teknologi tempatan ke pasaran antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615894351_MTDCbantusyarikat.jpg)
MTDC bantu syarikat teknologi tempatan ke pasaran antarabangsa
MTDC mahu membangunkan syarikat teknologi tempatan sehingga mampu menghasilkan robot yang boleh dijual sekurang-kurangnya di pasaran ASEAN.
![Pasar Ayam Amanjaya Ipoh pasar pertama guna robot Pasar Ayam Amanjaya Ipoh pasar pertama guna robot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615890895_ayamprosesgunaro.jpg)
Pasar Ayam Amanjaya Ipoh pasar pertama guna robot
Pasar Ayam Amanjaya, Ipoh menjadi pasar pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi robotik dalam menyelesaikan isu kebersihan dan pengangkutan barang dalam kawasan pasar.
![MTDC komited martabatkan graduan tempuhi cabaran Industri 4.0 MTDC komited martabatkan graduan tempuhi cabaran Industri 4.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51530794429_MTDC.jpg)
MTDC komited martabatkan graduan tempuhi cabaran Industri 4.0
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) melancarkan program Graduate Employability Industri 4.0 buat julung kalinya bagi memartabatkan graduan IPTA.