KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa, didorong oleh jaminan daripada kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan nilai mata wang itu, sekali gus meredakan kebimbangan pasaran.
Pada 6 petang, kadar tukaran ringgit/dolar AS di paras 4.7585/7635 berbanding 4.7750/7795, semalam.
Terdahulu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour menerusi satu kenyataan, berkata ringgit pada masa ini telah terkurang nilai atau dinilai rendah.
Berikutan itu, bank pusat berkenaan telah meningkatkan perbincangan dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat korporat dan pelabur untuk menggalakkan aliran masuk yang berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan MADANI tidak memandang ringan isu penurunan ringgit dan BNM telah dipertanggungjawabkan untuk memantau mata wang itu secara rapi.
Malah, di pihak kerajaan, semua kementerian dan pihak berwajib, termasuk majlis pelaburan turut mengadakan mesyuarat harian bagi menumpukan usaha menangani penyusutan ringgit, kata Perdana Menteri.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio UOB Kay Hian Mohd Sedek Jantan berkata sentimen pasaran dilihat sebagai bersedia bagi pengumuman dasar pada sesi Kongres Rakyat Kebangsaan China, Mac ini yang dijangka mendorong pertumbuhan dan mengukuhkan lagi yuan.
"Perkembangan turut memberi sokongan terhadap ringgit berikutan hubungan perdagangan Malaysia dan China yang signifikan dan menekankan kaitan kukuh bagi kedua-dua mata wang berkenaan.
"Ini ditambah lagi dengan kedudukan luaran Malaysia yang memberangsangkan, disokong oleh rizab asing mencukupi serta lebihan akaun semasa yang konsisten dan menjadi asas mantap bagi pengukuhan ringgit secara berterusan.
"Keadaan ini boleh mengubah naratif penurunan nilai ringgit berikutan prospek positif terhadap yuan dan asas ekonomi Malaysia," katanya kepada Bernama.
Pada penutup hari ini, ringgit turut mencatat urus niaga lebih baik berbanding mata wang utama lain.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1671/1706 daripada 3.1696/1728 semalam, mengukuh berbanding pound Britain kepada 6.0362/0425 daripada 6.0552/0609 dan naik berbanding euro kepada 5.1625/1679 daripada 5.1756/1805.
Prestasi ringgit juga mengukuh berbanding mata wang Asean termasuk naik berbanding baht Thailand kepada 13.2782/2984 daripada 13.3190/3375 semalam, naik berbanding dolar Singapura pada 3.5419/5459 daripada 3.5523/5559.
Mata wang tempatan itu naik berbanding peso Filipina kepada 8.48/8.49 daripada 8.51/8.52 semalam dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 304.1/304.6 daripada 305.4/305.9, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024

Pada penutup hari ini, ringgit turut mencatat urus niaga lebih baik berbanding mata wang utama lain. - Gambar fail/Reuters

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Sentimen positif dorong ringgit mengukuh berbanding dolar AS, mata wang lain
Pada 6 petang, kadar tukaran ringgit/dolar AS di paras 4.7585/7635 berbanding 4.7750/7795, semalam.