KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar US hari ini berikutan selera risiko dalam pasaran terjejas oleh sentimen berwaspada.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.6385/6430 berbanding dolar AS daripada 4.6435/6485 yang dicatatkan semalam.
Seorang peniaga berkata para pedagang mula berwaspada menjelang ucapan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell pada Simposium Jackson Hole malam ini, seterusnya, mengubah permintaan ke arah mata wang lain.
Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Ketua Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran akan memantau dengan teliti ucapan beliau kerana ia dijangka memberi lebih banyak petunjuk mengenai hala tuju dasar monetari AS.
"Pasaran dilihat tidak mempunyai hala tuju sejak beberapa hari lepas dan pelabur sedang mencari petunjuk baharu untuk dolar AS serta ringgit," katanya kepada Bernama.
Terdahulu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) mengumumkan Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHPI turun kepada 2.0 peratus pada Julai 2023, terendah untuk tahun ini dengan mata indeks dicatatkan pada 130.5 berbanding 127.9 semasa bulan yang sama 2022.
Inflasi, yang berada pada 2.4 peratus dari tahun ke tahun untuk Jun, telah menunjukkan aliran sederhana sejak Januari, apabila ia berada pada 3.7 peratus.
Mohd Afzanizam berkata IHP yang lebih rendah akan menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) kurang bermotivasi untuk meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) dalam tempoh terdekat.
"Namun begitu, ringgit berada dalam kedudukan terlebih jual berbanding dolar US. Oleh itu, kemungkinan ia mula mengukuh adalah sesuatu yang tidak boleh kita tolak sama sekali," katanya.
Jawatankuasa Dasar Monetari BNM telah mengekalkan OPR pada 3.0 peratus semasa mesyuaratnya pada Julai. Mesyuarat seterusnya dijadualkan menjelang 6 hingga 7 Sept depan.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.8385/8441 daripada 5.8829/8892 yang disaksikan semalam, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1757/1790 daripada 3.1932/ 1968 dan menokok berbanding euro kepada 5.0054/0103 daripada 5.0373/0427.
Ringgit kebanyakannya lebih mantap berbanding mata wang Asean lain.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4202/4238 daripada 3.4292/4332 dan lebih baik berbanding baht Thailand kepada 13.2121/2309 daripada 13.2645/2848 sebelum ini.
Ia mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 303.2/303.7 daripada 304.5/305.0 tetapi susut berbanding peso Filipina kepada 8.20/8.21 daripada 8.17/8.19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.6385/6430 berbanding dolar AS daripada 4.6435/6485 yang dicatatkan semalam. - Gambar hiasan/Astro AWANI
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi susulan permintaan merosot terhadap dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3455/3510 pada Khamis.
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025.