KUALA LUMPUR: Sektor automotif adalah kuasa ekonomi yang strategik, dan dedikasi dalam membangunkan sektor ini adalah penting kerana ia berpotensi untuk menjadikan Malaysia sebagai hab automotif di rantau ASEAN.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz melalui ucapan di Mesyuarat Agung Tahunan ke-42 Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) berkata, komitmen persatuan itu dalam membentuk ekosistem pertumbuhan yang bernilai tinggi adalah amat dihargai.
"Dalam dunia yang sedang berubah menuju amalan yang lebih lestari, peluang untuk pertumbuhan berkembang dengan pesat terutamanya, bidang tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga dan perkhidmatan sokongan bagi kenderaan elektrik (EV).
"Komitmen Pekema terhadap inovasi dan kelestarian telah terbukti melalui tindakan proaktifnya dalam memajukan mobiliti elektrik," kata beliau.
Tengku Zafrul berkata kerajaan menyambut baik usaha Pekema yang menjalinkan kerjasama dengan syarikat EV dari China, Dongfeng Motor dalam membawa masuk model EV pertama dengan pemanduan di sebelah kanan pada pertengahan tahun depan, selain bekerjasama dengan dua lagi syarikat EV China.
Katanya, bagi kenderaan elektrik (EV), syarikat-syarikat Permit yang Diluluskan (AP) Terbuka boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan permintaan dan jualan ke atas EV di Malaysia.
Berdasarkan statistik MITI, bilangan EV yang diluluskan AP oleh MITI dan diimport oleh syarikat AP Terbuka sejak tahun 2020 sehingga Oktober 2023 adalah sebanyak 729 unit.
Angka ini meliputi 533 unit EV baharu serta 196 unit EV terpakai dan ia hanyalah 0.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan yang diimport oleh syarikat AP Terbuka di sepanjang tempoh tersebut.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut menyeru ahli Pekema untuk mengambil peluang daripada penambahbaikan garis panduan pelantikan syarikat permit import (AP) baharu bagi EV.
Kapasiti enjin setara melebihi 1,800 cc untuk kereta dan melebihi 250 cc bagi motosikal diberi pengecualian sementara untuk kenderaan EV yang diimport sepenuhnya (CBU) sehingga 31 Disember 2025.
"Jadi, sebenarnya masih banyak ruang untuk ahli-ahli Pekema meningkatkan penerimaan kenderaan EV di negara kita," jelas beliau.
Menyentuh mengenai perbincangan mengenai AP seringkali menjadi tumpuan media, beliau berkata kerajaan sedar bahawa terdapat perbezaan pendapat mengenai keperluan AP ini.
"Walaupun sesetengah pihak berpendapat bahawa penghapusan keperluan AP akan menggalakkan persaingan yang sihat, kita juga harus mengambilkira sokongan kepada pemain industri automotif bumiputera," katanya.
Oleh itu dalam usaha untuk menggalakkan pertumbuhan industri automotif secara inklusif, kerajaan mendorong usahawan bumiputera agar terlibat dalam rangkaian pembekalan automotif.
"Saya ingin menekankan bahawa kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menghapuskan sistem Permit Import (AP) kenderaan CBU dan pengecualian duti import kenderaan elektrik pada masa ini.
"Sebarang perubahan dasar sudah tentu akan mengambilkira pandangan para pemegang taruh bagi memastikan kepentingan semua pihak terpelihara," katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan sedang merancang menganjurkan kongres ekonomi bumiputera pada Januari tahun depan, yang mana matlamatnya adalah untuk melakarkan laluan baharu merangkumi agenda bumiputera, yang lebih adil, lebih saksama dan lebih inklusif.
"Usaha ini bertujuan memperkasakan lebih ramai usahawan dan perniagaan bumiputera kecil hingga sederhana.
"Selaras dengan ini, pemegang AP harus mempertimbangkan untuk menggunakan program pembiayaan sedia ada yang direka bagi usahawan automotif bumiputera mengembangkan dan mempelbagaikan perniagaan mereka," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023

Menurut Tengku Zafrul, dedikasi dalam membangunkan sektor itu adalah penting kerana ia berpotensi menjadikan Malaysia sebagai hab di rantau ASEAN. - Gambar fail

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menangani isu ketagihan media sosial yang luar biasa.

Malaysia menuju tenaga nuklear? Ini 5 faktor perlu diberi perhatian
Malaysia sedang mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif, tetapi sebelum direalisasikan, ada beberapa faktor penting yang perlu diambil kira.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.

MH370: 11 tahun berlalu, mungkinkah misteri terungkai?
Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Menteri, timbalan menteri ucap selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025
Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut di seluruh dunia hari ini.

Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza, sifatkan sebagai pembersihan etnik - Mohamad
Malaysia menentang keras cadangan untuk mengilhakkan Gaza, menyifatkannya sebagai bentuk "pembersihan etnik" dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.

Tujuh aspek penting yang membentuk masa depan semikonduktor Malaysia
Dengan ketidaktentuan geopolitik, perubahan rantaian bekalan global, serta peningkatan pelaburan asing, Malaysia mempunyai peluang luar biasa untuk menjadi pemain utama dalam sektor ini.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.