KUALA LUMPUR: Sebanyak 499 perniagaan memberi sokongan padu kepada pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 2.0 sedia ada memandangkan GST dilihat menawarkan struktur cukai yang lebih adil dan menghapuskan cukai bertindih dan tambahan yang biasanya ada dalam rejim SST.
Dalam satu kenyataan, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) berkata respons itu adalah berdasarkan satu tinjauan yang dibuat oleh FMM mengenai pengenalan semula GST pada Mei 2020.
Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata, harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di persada antarabangsa berikutan GST tidak dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan yang dieksport, manakala GST yang dibelanjakan ke atas input dapat diperoleh semula di sepanjang rantaian bekalan.
"Selain itu, memandangkan sistem asas cukai yang luas ini akan meningkatkan cukai tidak langsung, ia akan menawarkan fleksibiliti kepada kerajaan untuk mengurangkan cukai langsung (cukai pendapatan individu dan cukai korporat) untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi perniagaan yang lebih menarik," tambahnya.
Memandangkan kerajaan kini menumpukan kepada pemulihan ekonomi, Soh berkata pengeluar perlu mengutamakan masa dan tenaga mereka untuk membangunkan semula perniagaan.
Oleh itu, pengenalan semula GST tidak sewajarnya dipertimbangkan secara berasingan, sebaliknya sebagai sebahagian daripada penilaian holistik sistem cukai di Malaysia dan kedudukan fiskal negara, katanya.
"Walaupun pengenalan cukai penggunaan yang menyeluruh akan mengukuhkan kedudukan fiskal negara, GST 2.0 harus mudah diuruskan, tetapi tidak meningkatkan kos untuk menjalankan perniagaan," katanya.
Berikutan perubahan dan peralihan kepada GST 2.0 berkemungkinan adalah mencabar, beliau berkata FMM menyeru kerajaan untuk berunding dengan semua pihak berkepentingan melalui proses semakan semula yang terperinci bagi memastikan kejayaan pelaksanaan rejim cukai yang berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
Tan Sri Soh Thian Lai berkata, harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di persada antarabangsa berikutan GST tidak dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan yang dieksport. - Gambar fail
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
FBM KLCI ditutup tinggi berikutan belian dalam saham terpilih
Indeks Utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan pembelian sederhana dalam produk dan perkhidmatan pengguna.
Belanjawan 2025 dijangka perluas asas cukai seperti cukai gula, HVGT, GloBE - Ahli ekonomi
Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
GST hanya akan dilaksanakan sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000 - PM Anwar
Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000.
PM Anwar nafi kerajaan bincang laksana semula GST
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak pernah membincangkan untuk melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Belanjawan 2025 : Turunkan cukai korporat, sedia insentif bagi sektor utama - FMM
FMM menggesa kerajaan mempertimbang langkah pengurangan cukai korporat dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam usaha menarik pelaburan asing.
Kerajaan tidak bincang perkenal GST ganti pemotongan subsidi RON95 - Fahmi
Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan GST sebagai alternatif untuk menghapuskan subsidi petrol RON95.
[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk masa depan.
Kerajaan ambil langkah pelbagaikan dan tingkatkan sumber pendapatan negara - Lim
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mempelbagaikan dan meningkatkan sumber pendapatan negara, antaranya menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.
Kutipan hasil cukai berkurangan selepas SST dilaksanakan semula ganti GST - MoF
Kutipan hasil cukai berasaskan penggunaan telah berkurangan selepas SST dilaksanakan semula bagi menggantikan GST.
Sistem cukai SST beri kesan fiskal lebih cepat berbanding GST - Hui Ying
Sistem cukai kepenggunaan semasa iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mampu memberi kesan fiskal yang lebih cepat kepada negara berbanding pelaksanaan cukai nilai tambah seperti GST.