KUALA LUMPUR: Sapura Resources Bhd melantik Reza Abdul Rahim sebagai pengarah eksekutif dan pemangku pengarah urusannya berkuat kuasa semalam.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata Reza akan memikul tugas dan tanggungjawab pengarah urusan buat sementara waktu.

"Dengan pelantikan ini, ketua pegawai korporat Mai Eliza Mior Mohamad Zubir tidak lagi akan menjadi pegawai yang bertanggungjawab syarikat itu berkuat kuasa 10 Okt," katanya.

Sapura Resources berkata pengumuman selanjutnya akan dibuat sekiranya terdapat perkembangan terbaharu mengenai perkara itu.

-- BERNAMA