KUALA LUMPUR: Petronas Chemicals Group Bhd dan Petronas Gas Bhd dilihat akan mendapat kelebihan daripada pembangunan bekalan hidrogen bersih yang dimeterai antara Petronas dan ENEOS Corporation (ENEOS) baru-baru ini.
Perjanjian tersebut yang membabitkan anak syarikatnya, Petronas Gas & New Energy Sdn Bhd (PGNESB) dan ENEOS yang berpangkalan di Jepun itu bakal menyaksikan kedua-dua pihak melaksanakan kajian teknikal-komersial bersama dalam rantaian bekalan hidrogen.
Selain itu, ia juga termasuklah pengeluaran dan pengangkutan dalam bentuk methylcyclohexane (MCH), iaitu hidrogen ditukarkan dari bentuk gas asli kepada cecair bagi membolehkan penghantaran dilakukan dalam jumlah lebih besar.
Penganalisis AmInvestment Bank Bhd., Alex Goh berpendapat, kedua-dua anak syarikat Petronas ini memiliki keupayaan dari segi infrastruktur dan kedudukan kukuh untuk memulakan pelaburan dalam pengeluaran gas asli kepada hidrogen, sekali gus mempelbagaikan aliran pendapatan.
Pada masa sama, katanya, penyedia perkhidmatan sokongan seperti Dialog Group Bhd., yang membina terminal gas asli cecair (LNG) di Pengerang dan menyediakan kepakaran penyelenggaraan loji, juga mempunyai keupayaan untuk menyertai rantaian nilai ini.
"Bagaimanapun, bagi pengendali penerokaan dan pembangunan seperti Sapura Energy Bhd. dan Hibiscus Petroleum Bhd. yang menghasilkan gas asli, kami tidak nampak penglibatan mereka dalam tempoh terdekat ini dalam teknologi peringkat awal ini, yang mungkin perlu ditanggung oleh Petronas dengan kemampuan, imbangan tunai dan sokongan kerajaan yang lebih kuat.
"Begitu juga dengan penyedia perkhidmatan lain yang lebih kecil seperti KNM Group Bhd., meskipun mungkin mempunyai kepakaran membuat kapal dan peralatan pemprosesan, kami tidak yakin dengan kemampuan kewangan mereka pada masa ini," katanya dalam nota kajian hari ini.
Menurut beliau, pembangunnan bagi teknologi pembawa cecair organik hidrogen semakin mendapat daya tarikan berikutan sifat kimianya yang stabil membolehkan penyimpanan jangka panjang dan pengangkutan jarak jauh serta memanfaatkan infrastruktur petrokimia dan minyak sedia ada.
"Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada membangunkan aset baharu, sebaliknya berupaya meningkatkan daya saing dari segi kos, skala dan paling penting kemampuan kewangan bagi pemain industri tenaga yang mapan," jelas beliau.
Menerusi perjanjian itu, Petronas dan ENEOS akan meneroka pengeluaran hidrogen berkarbon rendah menerusi kemudahan petrokimia Petronas dan pada masa akan datang, hidrogen hijau dihasilkan oleh tenaga boleh diperbaharui (RE).
Perkembangan teknologi hidrogen organik cecair (LOHC) seperti MCH mendapat tarikan pantas kerana sifatnya stabil secara kimia yang membolehkan ia disimpan untuk jangka panjang dan diangkut secara jarak jauh.
Bagi projek dengan Petronas, ENEOS sudah mengemukakan pembiayaan daripada Dana Inovasi Hijau Kerajaan Jepun yang menaja projek dan inisiatif penyahbekuan.
MoU itu juga dilihat melengkapkan aspirasi bersama Petronas dan ENEOS untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Secara keseluruhan, AmInvestment mengekalkan saranan 'overweight' ke atas sektor minyak dan gas. Firma itu meletakkan saranan 'beli' ke atas saham Dialog, Yinson Holdings Bhd., Sapura Energy dan Petronas Gas. - DagangNews.com
Dagang News
Thu Sep 23 2021

Petronas Chemicals Group Bhd. dan Petronas Gas Bhd dilihat akan mendapat kelebihan daripada pembangunan bekalan hidrogen bersih yang dimeterai antara Petronas dan ENEOS Corporation (ENEOS) baru-baru ini. -Dagang News
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Sapura Energy, Hibiscus mungkin perlu sokongan Petronas untuk terlibat dalam teknologi hidrogen
Perjanjian itu bakal menyaksikan kedua-dua pihak melaksanakan kajian teknikal-komersial bersama dalam rantaian bekalan hidrogen.