Samsung Malaysia Electronics menyasarkan pertumbuhan lebih dua angka pendapatan bagi segmen perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan ke Perniagaan (B2B), Varinderjit Singh, syarikat turut berhasrat menjadi peneraju pasaran dalam penyediaan penyelesaian perniagaan bagi pelanggan (PKS).

Varinderjit memberitahu sasaran berkenaan akan dapat dicapai dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Kami sudah bersedia. Kami mempunyai tekonologi dan juga inovasi. Paling penting sekali, kami kenali pelanggan-pelanggan kami dan kami ingin terus mendekati mereka,” kata Varinderjit.

Beliau ditemui selepas pelancaran bahagian perniagaan enterprise Samsung Malaysia di ibu negara.

Ia merangkumi penyelesaian keselamatan mudah alih pejabat digital sekolah pintar dan peruncitan.

Bahagian perniagaan itu menawarkan siri lengkap produk yang diperlukan bagi perniagaan menggunakan teknologi Samsung bagi meningkatkan produktiviti.

sementara itu katanya segmen PKS diyakini menjadi pemacu utama pertumbuhan Samsung Malaysia memandangkan sektoritu kini menyumbang diantara 30 dan 40 peratus kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar.

Namun begitu ujarnya Samsung Malaysia tidak berhasrat bersaing dengan pesaingnya.

Sebaliknya akan memberi fokus kepada penyediaan penyelesaian terbaik buat pelanggan.