KUALA LUMPUR: Samsung Electronics Co Ltd telah memperkenalkan perubahan terkini dalam inovasi peranti boleh lipat premium menerusi dua telefon pintar baharunya, Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G.
Presiden dan Ketua Perniagaan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics TM Roh berkata dengan Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3, Samsung sekali lagi mentakrifkan semula jangkaan melalui telefon pintar boleh lipat yang memperkasa pengguna dengan fleksibiliti dan versatiliti yang diperlukan dalam dunia yang bergerak pantas pada hari ini.
"Peranti ini melengkapkan pengguna dengan teknologi yang membuka cara baharu bagi memaksimumkan dan menikmati setiap detik dengan ekosistem yang dibina berdasarkan keterbukaan dan inovasi," katanya semasa acara pelancaran global secara maya 'Galaxy Unpacked: Get Ready to Unfold' malam tadi.
Roh berkata kedua-dua telefon pintar boleh lipat Z Fold3 dan Z Flip3 dilengkapi dengan IPX8 menjadikannya rintang air yang dibina dengan Armor Aluminium Samsung berserta Corning Gorilla Glass Victus yang paling utuh untuk melindunginya daripada calar dan jika ia terjatuh tanpa sengaja.
Selain itu, kedua-dua peranti mempunyai filem pelindung baharu diperbuat daripada ''polyethylene terephthalate'' yang boleh regang.
Hadir dengan tiga pilihan warna klasik: Phantom Black, Phantom Green dan Phantom Silver, Z Fold3 adalah pusat kuasa pelbagai tugas sebenar dengan prestasi pada tahap lebih baik, Paparan Infinity Flex 7.6-inci tanpa gangguan dan mempunyai sokongan S Pen yang pertama kali buat peranti boleh lipat.
Sementara itu, bagi mereka yang mencari lebih banyak pilihan untuk menyesuaikan dengan gaya tersendiri, Z Flip3 adalah peranti yang ideal dengan reka bentuknya yang bergaya, kompak dan mudah dibawa, ciri kamera yang dipertingkatkan serta binaan skrin penutup yang lebih besar untuk penggunaan cepat di mana sahaja.
Turut menyertai Siri Galaxy Z adalah Galaxy Buds2 - fon telinga tanpa wayar yang direka untuk keselesaan dipakai sepanjang hari dan memberikan kualiti bunyi premium kepada pengguna telefon pintar, tablet, atau jam pintar Galaxy.
Pada masa yang sama, Samsung turut melancarkan Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic -- jam tangan pintar pertama yang menampilkan Wear OS dikuasakan oleh Samsung yang terbaharu, dibina bersama dengan Google dan dilengkapi dengan One UI Watch.
"Kami telah melihat pertumbuhan yang luar biasa untuk siri Galaxy Watch kerana pengguna telah menyedari manfaat kesihatan dan kemudahan alat pakai.
"Jadi kami membina rangkaian ciri kesihatan dan kesejahteraan yang kukuh untuk memberi pemahaman lebih mendalam dan bermanfaat kepada orang ramai mengenai kecergasan mereka secara keseluruhan," kata Roh.
Galaxy Watch4 dilengkapi dengan Sensor BioActive 3-dalam-1 Samsung yang inovatif, menawarkan reka bentuk lebih kecil dan kompak yang tidak mengurangkan ketepatan ukuran.
Siri Galaxy Watch4 pula dibina dengan simpanan memori 16GB dan didatangkan dalam kedua-dua saiz 40mm dan 44mm manakala Classic sedikit lebih besar berukuran 42mm dan 46mm.
Kedua-dua jam tangan mempunyai hayat bateri hingga 40 jam dan hanya perlu mengecasnya dalam masa 30 minit untuk bateri bertahan sehingga 10 jam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 12 2021
Samsung memperkenalkan perubahan baharu dalam inovasi peranti boleh lipat dengan dua telefon pintar baharunya, Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G. - Foto Samsung
Pasaran serantau merudum asak Bursa Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 74.57 mata atau 4.62 peratus kepada 1,536.48 daripada 1,611.05 pada Jumaat.
KKM batal notifikasi tiga produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi tiga produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Pantau Agenda Reformasi: Realiti skuad negara buru emas pertama Malaysia
Forward Faster Now: Ilham komitmen, kongsi amalan ke arah kemampanan korporat
Astro sebagai salah sebuah organisasi paling berpengaruh di Malaysia, berbesar hati berkongsi tugas untuk meningkatkan profil berkaitan kemampanan korporat dan memaparkan potensi sektor swasta dalam memacu impak sosial, alam sekitar dan ekonomi secara positif.
Kerajaan kaji cadangan bangunkan media sosial sendiri untuk rakyat
Kerajaan akan meneliti cadangan untuk mewujudkan aplikasi media sosial yang khusus untuk kegunaan rakyat Malaysia seperti yang sedang diusahakan oleh beberapa negara.
Pastikan rumah PPR di Sabah tidak disalah guna - Hajiji
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu diarah memantau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan masing-masing bagi memastikan ia tidak disalah guna penerima.
Sarawak belajar cara Australia uruskan buaya
Delegasi Sarawak akan berada ni selama empat hari bagi mendapatkan maklumat tentang pengawalan populasi buaya ketika haiwan itu diisytiharkan sebagai spesies yang semakin berkurangan di bawah senarai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Selesaikan mobilisasi petugas kesihatan, elak isu kekurangan jadi kritikal - Cuepacs
Kementerian Kesihatan (KKM) diharap dapat memperkukuh lagi mobilisasi sumber tenaga petugas kesihatan bagi mengelak kekurangan pekerja di sesuatu lokasi menjadi kritikal.
UNIMAS bersedia jadi peneraju dalam penyelidikan biodiversiti negara
Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit memberitahu, UNIMAS memberi perhatian serius terhadap tanggungjawab alam sekitar dan berusaha dengan gigih untuk meminimumkan impak negatif terhadap planet ini.
Sarawak rangka pindaan kepada Ordinan Taman Negara
Kerajaan Sarawak sedang merangka pindaan kepada ordinan taman negara dan rizab alam semula jadi 1998 bagi memperkukuh penguatkuasaan dalam sistem pengurusan taman negara dan alam semula jadinya merangkumi ordinan perlindungan hidupan liar 1998 dengan memperkenalkan denda yang lebih tinggi dan hukuman penjara lebih lama.
Samsung Galaxy Z Fold6, Flip6 serlah keupayaan terbaharu dan terunggul Galaxy AI
Kedua-dua telefon pintar terbaharu ini menyediakan lebih banyak peluang untuk memaksimakan keupayaan Galaxy AI untuk keunggulan komunikasi, produktiviti dan kreativiti.
Samsung Galaxy Ring kelak boleh jejak dengkuran ketika tidur
Ciri dengkuran ini walau bagaimanapun memerlukan peranti Samsung dicas semasa tidur dan pengguna wajib membenarkan aplikasi Samsung Health merakam audio sepanjang tempoh tidur.
Alami era baharu televisyen dikuasakan AI daripada Samsung
Empat ciri utama diketengahkan: 'AI Image Upscaling', 'AI Sound', 'AI Energy Mode', dan paling penting, 'AI Security.'
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Samsung naik taraf Bixby dengan AI Generatif
Bixby akan kekal wujud di samping Galaxy AI dan Samsung akan terus mengemas kini pembantu maya mereka ini untuk lebih mesra pengguna.
Samsung lancar televisyen AI 27 Mac ini
Pada 27 Mac 2024, 9PM Samsung Malaysia akan mengadakan acara Unbox & Discover 2024.
Intel tawar perkhidmatan pengeluaran cip kepada AMD, NVIDIA, Qualcomm
Apabila Intel Foundry Services beroperasi secara sepenuhnya, Intel akan mempunyai kemampuan untuk membangunkan cip intel tersuai yang hadir dengan teknologi terbina.
Sistem kesan apnea tidur Samsung Galaxy Watch terima kelulusan FDA
Sistem pengesanan apnea tidur Samsung memerlukan waktu tidur pemakai dijejak selama empat jam sehari selama dua hari.
7 daripada 10 telefon paling laris 2023 ialah iPhone, 3 lagi keluaran Samsung
iPhone 14 Pro Max mencatatkan jualan tertinggi dengan 34 juta unit.
Pengeluaran tablet susut 10.3% sepanjang 2023, iPad memegang 40% pasaran
Sepanjang 2023, pengeluaran tablet susut 10.3% berbanding 2022.