KUALA LUMPUR: Harga saham Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) berpotensi untuk melonjak sehingga 16% berdasarkan trend pergerakan saham tersebut yang positif.
Harga saham tersebut mampu mencabar sasaran paras rintangan RM1.55 dan RM1.63, di mana masing-masing menunjukkan potensi peningkatan harga sebanyak 11% dan 16%, menurut penganalisis di Kenanga Research, Koh Huat Soon.
Katanya, pergerakan menaik harga saham Pavilion REIT akan berterusan memandangkan ia kekal berada di atas garisan purata pergerakan 55 hari selain indikator Parabolic SAR oleh firma itu menunjukkan trend peningkatan.
“Dari segi penilaian, Pavilion REIT ketika ini didagangkan pada kadar hasil dividen hadapan 2.7% dan 4.7%, masing-masing berdasarkan unjuran agihan setiap unit (DPU) konsensus sebanyak 3.8 sen bagi tahun kewangan 2021 (FY21) dan 6.6 sen untuk FY22.
“Saham itu telah merosot daripada paras tertingginya, RM1.65 pada permulaan Julai 2020 kepada paras terendah RM1.26 pada akhir Mei 2021, sebelum sebahagiannya memulih untuk menghampiri paras RM1.40 semalam, sekali gus mencerminkan penurunan 15% daripada paras tertinggi,” kata Huat Soon dalam satu nota teknikal, hari ini.
Sebagai rekod, Pavilion REIT memiliki portfolio hartanah berkualiti tinggi yang terletak di sekitar kawasan Lembah Klang seperti Pavilion Mall, Pavilion Tower, Intermark Mall, Da Men Mall, dan Elite Pavilion Mall.
Dipacu oleh prospek sektor REIT yang lebih baik susulan daripada pembukaan semula ekonomi domestik, Pavilion REIT berpotensi mengaut keuntungan daripada kehadiran pengunjung yang lebih tinggi ke hartanahnya.
Kata Huat Soon lagi, walaupun landskap industri tersebut dilihat mencabar setakat ini, namun Pavilion REIT berjaya mencatatkan peningkatan 104% dalam perolehan bersih kepada RM20.4 juta pada suku kedua tahun kewangan 2021 (2QFY21).
Lonjakan itu terutamanya dipacu oleh pendapatan hartanah bersih yang lebih tinggi, menjadikan keuntungan bersih sepanjang tempoh enam bulan pertama FY21 sebanyak RM51.6 juta, peningkatan 22.4% berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.
Melangkah ke hadapan, kata Huat Soon, Pavilion REIT dijangka mencatatkan keuntungan bersih RM114.3 juta pada FY21 dan RM200.4 juta pada FY22.
\Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Oct 07 2021
Harga saham Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) berpotensi untuk melonjak sehingga 16% berdasarkan trend pergerakan saham tersebut yang positif. - Gambar Dagangnews
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
'Permohonan maaf saya tak ada kaitan isu papan tanda, sebaliknya... '
Datuk Seri Tiong King Sing tampil menjelaskan permohonan maaf belieu kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini tiada kaitan dengan isu papan tanda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
KKM akan terus meneliti cadangan kerja syif 45 jam seminggu
Proses libat urus dengan semua pihak berkepentingan perlu diadakan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan berkenaan tempoh bekerja 45 jam bagi jururawat di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berbanding 42 jam dapat dimuktamadkan.
Imigresen Selangor tahan 119 PATI di Pandan Mewah
Seramai 119 warga asing ditahan kerana disyaki tidak mempunyai dokumen sah selain kesalahan imigresen di Pandan Mewah, Ampang pada Selasa.
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Saham Pavilion dijangka melonjak hingga 16% - Kenanga
Harga saham tersebut mampu mencabar sasaran paras rintangan RM1.55 dan RM1.63.