Saham Maxis Bhd susut di Bursa Malaysia hari ini meskipun ia merupakan yang pertama memperkenalkan perkhidmatan Evolusi Jangka Panjang (LTE) 4G di kawasan-kawasan terpilih di Lembah Klang Selasa.

Maxis berkata perkhidmatan LTE 4Gnya itu beroperasi pada kelajuan muat turun lima hingga sepuluh kali lebih cepat daripada 3G dan akan membolehkan dan menyokong pengalaman kandungan pelbagai tanpa had dalam platform rangkaian tetap dan tanpa wayar berkelajuan tinggi di seluruh negara.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini, perkhidmatan itu hanya boleh didapati bagi jalur lebar tanpa wayar manakala kegunaannya bagi peranti-peranti lain seperti telefon pintar dan tablet akan diperkenalkan kemudian nanti.