KUALA LUMPUR:Saham AirAsia Group Bhd meningkat semasa sesi dagangan pagi hari ini susulan syarikat penerbangan tambang rendah itu dilaporkan telah memperoleh pinjaman untuk menyokong pelan pengumpulan modal yang sedang dilaksanakannya.
Reuters, memetik sumber, melaporkan pinjaman bernilai RM300 juta yang dikeluarkan oleh Sabah Development Bank Bhd akan membantu syarikat penerbangan tersebut mengharungi tempoh sukar selama dua bulan, membiayai operasi tempatan.
Ini berikutan berlakunya peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19 yang akan terus menjejaskan sektor perjalanan udara bagi tempoh yang lebih lama.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Riad Asmat berkata pinjaman itu merupakan sebahagian langkah pengumpulan modal kumpulan.
AirAsia Bhd merupakan unit Malaysia bagi kumpulan itu.
"Kami gembira dengan kemajuan itu," katanya.
Setakat 10.57 pagi, saham AirAsia menambah dua sen atau 3.60 peratus kepada 57.5 sen dengan 9.48 juta saham bertukar tangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 23 2020
![Saham AirAsia naik 3.6 peratus susulan pelan kumpul modal berjalan lancar Saham AirAsia naik 3.6 peratus susulan pelan kumpul modal berjalan lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71591785918_AirAsia.jpg)
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Riad Asmat berkata pinjaman itu merupakan sebahagian langkah pengumpulan modal kumpulan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Saham AirAsia terus merosot berikutan siasatan rasuah, koronavirus Saham AirAsia terus merosot berikutan siasatan rasuah, koronavirus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81566198808_AirAsia.jpg)
Saham AirAsia terus merosot berikutan siasatan rasuah, koronavirus
Saham AirAsia Group Bhd (AAGB) dan AirAsia X Bhd terus merosot dalam dagangan awal hari ini berikutan laporan mengenai dakwaan rasuah berhubung pembelian pesawat Airbus oleh AirAsia.