Kerajaan negeri Sabah hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM3.784 bilion bagi Bajet Sabah 2017 bertemakan 'Rakyat Dijiwa, Kemakmuran Dinikmati'.
Ia merupakan bajet lebihan bagi tahun ketiga yang dibentangkan oleh kerajaan negeri.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, kutipan hasil Sabah pada 2017 dianggarkan sebanyak RM3.817 bilion manakala perbelanjaan 2017 dianggarkan RM3.784 bilion sekali gus, mencatat lebihan sebanyak RM32.83 juta.
Beliau berkata peruntukan bagi Bajet Sabah 2017 meningkat RM294.34 juta, atau 8.43 peratus berbanding bajet 2016 sebanyak RM3.490 bilion.
Bagi perbelanjaan pembangunan, kerajaan memperuntukan sebanyak RM1.18 bilion pada 2017, dan jumlah berkenaan merangkumi pembangunan projek negeri sebanyak RM828.48 juta dan peruntukan untuk persekutuan pula sebanyak RM360 juta, katanya semasa membentangkan Bajet Sabah 2017 di Dewan Undangan Negeri hari ini.
Agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan mengikut kementerian negeri pula, Musa berkata RM10 juta kepada Kementerian Kewangan, Kementerian Infrastruktur (RM254.02 juta), Jabatan Ketua Menteri (RM189.25 juta), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (RM122.31 juta) serta Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (RM6.32 juta).
Peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar pula sebanyak RM22.27 juta, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (RM17.2 juta), Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (RM4.15 juta), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (RM173.22 juta), Kementerian Belia dan Sukan (RM15.35 juta) dan Kmenterian Pembangunan Perindustrian (RM14.39 juta).
Musa, yang juga Menteri Kewangan Sabah, berkata kutipan hasil pada 2017 dianggarkan berjumlah RM3.817 bilion, meningkat sebanyak 8.44 peratus, berbanding anggaran hasil 2016 yang berjumlah RM3.520 bilion.
Katanya daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.127 bilion adalah hasil cukai, RM2.263 bilion adalah hasil bukan cukai dan RM426.23 juta pula merupakan terimaan bukan hasil.
Beliau berkata pada 2017, hasil royalti petroleum daripada Petronas akan meningkat sebanyak 25 peratus berbanding 2016.
Kutipan hasil daripada bayaran royalti petroleum bagi 2017 dianggarkan sebanyak RM985 juta mengambil kira faktor dan pengeluaran petroleum, katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2016
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menunjukkan ucapan Bajet 2017 yang dibentangkannya di Dewan Undangan Negeri hari ini. - fotoBERNAMA
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Sabah peruntuk RM3.784 bilion untuk Bajet Negeri 2017
Kerajaan negeri Sabah hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM3.784 bilion bagi Bajet Sabah 2017 bertemakan 'Rakyat Dijiwa, Kemakmuran Dinikmati'.