KUALA LUMPUR:Rang Undang-undang Perbekalan 2021 hari ini dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dengan pindaan yang diluluskan di Dewan Rakyat petang semalam.
Tengku Zafrul memaklumkan pindaan itu melibatkan Fasal 2 dalam teks bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 iaitu perkataan RM164,151,656,800 kepada RM164,106,656,800.
"Saya juga mohon memaklumkan bahawa Jadual kepada Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 dipinda di bawah ruang 'amaun' bagi Maksud B.47, dengan menggantikan perkataan 1,242,464,900 dengan perkataan 1,197,464,900, dan pada Jumlah dengan menggantikan perkataan 164,151,656,800 dengan perkataan 164,106,656,800," katanya.
Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Jelasnya, pindaan ini berbangkit daripada pengurangan jumlah wang yang diperuntukkan bagi Maksud B. 47 yang dinyatakan dalam Jadual kepada Rang Undang-Undang.
Ia untuk mengurangkan RM45 juta daripada jumlah yang diperuntukkan di bawah Kepala Bekalan B. 47 di bawah butiran 050100 - Perluasan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
"Di atas semangat demokrasi berparlimen, serta pandangan yang diterima daripada pelbagai lapisan rakyat, beberapa pindaan lain juga telah dipersetujui dan pada hari ini saya akan memperincikan sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Negara ini," katanya.
Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 selepas bacaan ketiga yang diputuskan melalui undian belah bahagian selepas lebih 15 ahli Parlimen bangun menyokong supaya RUU itu diputuskan menerusi belah bahagian.
Bagaimanapun, ia diluluskan selepas seramai 111 menyokong, 108 menolak dan seorang tidak hadir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 16 2020
Tengku Zafrul memaklumkan pindaan itu melibatkan Fasal 2 dalam teks bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 iaitu perkataan RM164,151,656,800 kepada RM164,106,656,800. - Gambar fail/Astro AWANI
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Rusia sambut baik penyertaan Indonesia
Rusia menyambut baik penyertaan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS, yang dijangka akan memperkukuh lagi penyatuan Selatan Global dan Timur.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di ICA
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli dari China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.Buletin AWANI
[TERKINI] Malaysia negara pertama pilihan PM Jepun - Anwar
Malaysia merupakan negara pertama yang dipilih oleh Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba untuk lawatan kerja bilateral sejak dilantik semula sebagai PM Jepun pada November 2024.TERKINI, Anwar Ibrahim, Ishiba Shigeru, Buletin AWANI
Impian Trump rampas Greenland tidak masuk akal
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menolak cadangan Presiden terpilih, Donald Trump untuk merampas Greenland dan menyifatkan rancangan tersebut sebagai tidak masuk akal sama sekali.
Jadual KTM Komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral dikurangkan 30 minit pada waktu puncak
Ini bagi mengimbangi kerja-kerja projek KVDT2 selain menambah baik masa menunggu untuk pengguna laluan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan.
Tubuh jawatankuasa bincang garis panduan anti dadah
Sebuah jawatankuasa melibatkan kementerian terlibat, pemain industri hiburan dan agensi bertanggungjawab perlu ditubuhkan bagi melaksanakan garis panduan untuk memastikan sesebuah konsert yang dilaksanakan dengan selamat.
Bomba terpaksa pakai air tasik padam api di Los Angeles
Situasi di California bertambah buruk dengan masalah kekurangan air bersih yang kronik selepas saiz kebakaran hutan yang melanda sebahagian besar kawasan di Los Angeles meningkat lebih empat kali ganda sejak awal pagi Khamis.
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk