Sejumlah RM600 juta pembiayaan diperuntukan bagi memperkasa pembangunan dan kesejahteraan Bumiputera di Sabah.
Ia melibatkan RM100 juta bagi usahawan Bumiputera Sabah memacu projek pelaburan swasta berasaskan pertanian dan agro-pelancongan manakala RM500 juta lagi untuk kontraktor Bumiputera yang terlibat dalam projek Lebuhraya Pan Borneo.
Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat pertama Majlis Ekonomi Bumiputera Sabah (MEB Sabah) bagi tahun 2018 yang dipengerusikan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman di sini hari ini.
“Dengan kerjasama Kerajaan Pusat dan pelbagai kementerian, agensi-agensi, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, institusi-institusi awam mahupun pihak swasta, pelbagai program dan inisiatif telah dan terus diperkenalkan untuk memperkasakan penglibatan Bumiputera terutamanya dalam sektor perniagaan,” kata Musa.
“Sebagai sebuah Negeri yang terkenal seluruh dunia dengan kekayaan alam semulajadinya, adalah menjadi harapan saya industri agro pelancongan Sabah akan menerajui dan menjadi penanda aras kepada pembangunan agro pelancongan Negara,” kata beliau selepas sidang media.
Inisiatif itu merupakan kerjasama strategik di antara TERAJU dan Agrobank Berhad, dan dijangka membuka peluang-peluang perniagaan yang lebih besar kepada usahawan-usahawan Sabah untuk menceburi industri yang telah dikenalpasti berpotensi besar dan sedang rancak dibangunkan.
Sementara itu, Pengarah Kanan (Keusahawanan Dan Pembangunan Perniagaan) TERAJU; Megat Mohd Yatim berkata, antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat MEB Sabah termasuk inisiatif program bagi mengukuhkan lagi agenda usahawan Bumiputera di Sabah.
“Pada mesyuarat yang dijalankan pada hari ini iaitu, Majlis Ekonomi Bumiputera Sabah yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa aman, kita telah membincangkan beberapa perkara di mana Teraju sedang menjalankan aktiviti aktiviti inisiatif inisiatif program program yang dilakukan untuk memampanlan lagi agenda bumiputera di negeri Sabah.
“Kita mendapat maklum balas daripada projek projek yang sedang dijalankan dengan kolaborasi bersama dengan Yayasan Sabah dengan SEDIA dan SEDCOVEST, itu adalah antara tiga projek yang sedang kita jalankan di mana kita fokus kita adalah untuk menolong usahawan usahawan bumiputera yang terdiri daripada usahawan usahawan kecil usahawan usahawan sederhana dan juga usahawan usahawan besar,” katanya.
Berikut adalah perkara lain yang diumum:
Dana Mudah Cara :
1. Diserah kepada lapan syarikat Bumiputera di Sabah yang telah menyiapkan projek mereka.
2. Sembilan lagi syarikat turut menerima surat kelulusan bagi projek yang baru sahaja diluluskan.
Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) :
1. 38 usahawan Sabah juga menerima suntikan dana di antara RM50 ribu sehingga RM100 ribu setiap seorang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka, membeli peralatan mesin dan meluaskan premis perniagaan.
2. Program ini adalah susulan kerjasama TERAJU dan Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) di mana seramai 106 usahawan Bumiputera telah meraih manfaat dari inisiatif ini sejak ia diperkenalkan pada tahun 2015.
Najib Aroff
Tue Feb 27 2018

Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat pertama Majlis Ekonomi Bumiputera Sabah (MEB Sabah) bagi tahun 2018 - Foto AstroAWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

RM600 juta pembiayaan perkasa kesejahteraan usahawan Bumiputera Sabah
RM100 juta untuk usahawan di bawah sektor pertanian dan agro-pelancongan, RM500 juta untuk kontraktor projek Lebuhraya Pan Borneo