Rizab Malaysia pada akhir Mei 2017 kekal boleh guna berdasarkan butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format Standard Penyebaran Data Khas (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata butiran terperinci mengikut format SDDS itu juga menunjukkan aset rizab rasmi berjumlah AS$98.01 bilion manakala aset mata wang asing berjumlah AS$1.56 bilion pada akhir Mei 2017.
Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing berikutan pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan diunjurkan sebanyak AS$274.2 juta.
Selain itu, jumlah kedudukan hadapan pendek berjumlah AS$16.79 bilion pada akhir Mei 2017, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam sistem kewangan.
Menurut bank pusat itu, sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data ini tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak AS$2.30 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka adalah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang akan matang dalam tempoh setahun berjumlah AS$187.4 juta, kata BNM.
"Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai pinjaman dalam mata wang asing yang beserta opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain.
"Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit," kata bank pusat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2017
Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit. - Gambar fail
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Belanjawan 2025: Apa yang Sabah dan Sarawak dapat?
Ikuti analisis awal Belanjawan 2025 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Datuk Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.
Gaji minimum dinaikkan ke RM1,700 bermula Februari 2025
Penguatkuasaan gaji minimum itu ditangguhkan bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, penyasaran subsidi seumpama itu akan turut melibatkan kesihatan awam.
Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
Kerajaan mengumumkan akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), dengan hampir 500 juta ringgit diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Keputusan representasi Papagomo gugur kes hasut 6 Januari 2025
Keputusan representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Januari depan.
Perbelanjaan isi rumah diunjur tumbuh lima peratus kepada RM952.6 bilion tahun depan - BMI
BMI, unit Fitch Solutions, mengunjurkan perbelanjaan isi rumah Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus tahun ke tahun pada 2025 kepada RM952.6 bilion.
Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Public Bank cadang ambil alih 44.15% saham LPI Capital bernilai RM1.72 bilion
Public Bank Berhad menandatangani perjanjian jual beli bersyarat bagi mengambilalih 44.15% saham dalam kepentingan ekuiti LPI Capital Bhd dengan pertimbangan tunai sebanyak RM1.72 bilion.
OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 - Kenanga
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$119.7 bilion pada 30 Sept, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$119.7 bilion (pada 30 Sept, 2024 daripada AS$116.8 bilion pada 30 Ogos lepas.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Malaysia dan Indonesia baharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala
Kedua-dua bank pusat itu memeterai pembaharuan LCBSA susulan perjanjian pertama yang dimeterai pada 2019 dan diperbaharui pada 2022.
Ringgit mengukuh susulan penurunan kadar AS, prospek positif ekonomi Malaysia - BNM
Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada AS$116.8 bilion (AS$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.
Bursa Malaysia diunjur lebih tinggi minggu depan
Keputusan Fed telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ringgit dan memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) fleksibiliti yang diperlukan dalam kerangka dasarnya.