Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan rizab antarabangsanya setakat 15 September 2015 berjumlah RM360.1 bilion.

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata, kedudukan rizabnya cukup untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek.