KUALA LUMPUR: Ringgit terus mencatatkan kenaikan untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu rendah dengan jangkaan meningkat mengenai kadar faedah global diturunkan pada tahun ini, kata ahli ekonomi.
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7080/7130 berbanding dolar AS daripada 4.7110/7155 semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka mengukuh dengan kemungkinan kadar faedah AS yang lebih rendah akan mengurangkan perbezaan kadar antara Kadar Dana Fed dan Kadar Dasar Semalaman.
Dilaporkan Gabenor Rizab Persekutuan Adriana Kugler dalam ucapan pada Selasa menyatakan bahawa adalah wajar bagi bank pusat untuk menurunkan kadar faedahnya pada akhir tahun ini berikutan keadaan ekonomi yang bergerak di landasan yang betul.
Sehubungan itu, Afzanizam berkata mata wang tempatan diniagakan pada aliran meningkat berbanding mata wang serantau lain.
"Mungkin, pembaharuan dasar seperti rasionalisasi subsidi diesel telah menyumbang secara positif kepada pengukuhan ringgit," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9818/9852 daripada 2.9798/9828 pada Selasa, susut berbanding pound kepada 5.9810/9874 daripada 5.9750/9807 dan rendah berbanding euro kepada 5.0555/0608 daripada 5.0492/0541 sebelum ini.
Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 286.8/287.2 daripada 287.0/287.3 pada Selasa dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.02/8.04 daripada 8.03/8.05.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4838/4878 daripada 3.4793/4829 semalam dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.8322/8507 daripada 12.7874/8048.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024

Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7080/7130 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4230/4270 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4270/4320 pada Rabu.

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar AS dalam sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit melonjak berbanding dolar AS susulan peningkatan minat risiko global
Pada 6 petang, unit tempatan mencatatkan peningkatan ketara kepada 4.4270/4320 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada Selasa.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit teruskan aliran mengukuh didorong perang dagangan AS-China yang mereda
Menjelang jam 6 petang, ringgit naik ke paras 4.4080/4110 daripada 4.4165/4200 yang dicatat pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.