KUALA LUMPUR:Ringgit meneruskan kenaikan bagi hari keenam berturut-turut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Selasa, disokong oleh peningkatan harga minyak mentah dan kemajuan terkini dalam perkembangan program vaksin COVID-19 yang telah menambah keyakinan terhadap prospek mata wang tempatan.
Pada 9.05 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.0300/0340 berbanding dolar AS daripada 4.0320/0370 semasa ditutup pada Isnin.
Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, Axi, Stephen Innes berkata ringgit terus mendapat dorongan daripada harga minyak mentah yang stabil dan keyakinan terhadap program vaksin serta Perintah Kawalan Pergerakan yang dilonggarkan secara beransur-ansur, yang dijangka dilaksanakan lebih cepat.
Beliau berkata ini merupakan dorongan kukuh bagi ringgit dan dijangka kembali mengalami sentimen lebih baik dalam melangkah kepada suku kedua.
"Unit tempatan akan menghadapi ujian daripada pelabur asing memandangkan kerajaan akan melelong Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) bernilai RM2 bilion 2040 untuk diselesaikan pada 18 Feb, 2021, seterusnya akan menjadi pengukur yang baik terhadap pembelian pelabur asing ke atas hutang tempatan dalam keadaan cabaran ekonomi semasa.
"Saya menjangka ia berjalan dengan baik memandangkan para pelabur tidak pernah berhenti daripada usaha untuk meraih keuntungan," katanya kepada Bernama.
Innes berkata secara keseluruhannya, beliau yakin ringgit akan kembali kepada paras 4.0 tidak lama lagi.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Isnin telah meluluskan vaksin AstraZeneca dan Oxford University bagi penggunaan kecemasan justeru, membenarkan vaksin-vaksin itu diagihkan ke seluruh dunia menerusi COVAX.
Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama pada Selasa.
Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0470/0512 daripada 3.0481/0523 ketika ditutup pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.8904/8969 daripada 4.8920/8979.
Ringgit juga kukuh berbanding yen kepada 3.8203/8248 daripada 3.8258/8313 namun lemah berbanding pound Britain kepada 5.6106/6165 daripada 5.6033/6144.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 16 2021
![Ringgit teruskan kenaikan bagi sesi keenam berturut-turut pada awal dagangan Ringgit teruskan kenaikan bagi sesi keenam berturut-turut pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612762623_RINGGIT.jpg)
Pada 9.05 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.0300/0340 berbanding dolar AS daripada 4.0320/0370 semasa ditutup pada Isnin. - Gambar fail
![Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723720349_Kebumi.jpg)
Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Puncak Alam jam 6.30 petang tadi.
![Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
![Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717543_tbAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723717873_BadrAbdelatty.jpg)
Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza
Pendekatan itu adalah satu-satunya cara menghentikan peningkatan ketegangan serantau dan membendung percubaan untuk meluaskan konflik.
Berita Terkini Kita: Hero Kita: Kisah wira negara yang tidak didendang
Irfan Faruqi menjelajah Johor membawakan kisah-kisah wira tidak didendang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara bersempena bukan kemerdekaan.
Niaga AWANI: Potongan 50 peratus bagi pendaftaran domain .my dan .com.my
MYNIC Berhad, agensi di bawah Kementerian Digital menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan memberi potongan harga hingga 50 peratus bagi pendaftaran domain .MY dan .COM.MY yang baharu.
Niaga AWANI: K'jaan Persekutuan, Negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur – PM
Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusan tanpa berkompromi dengan peraturan yang dikuat kuasa bagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur di rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan
Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.4170/4235 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 ketika ditutup pada Selasa.
![China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703472832_MalaysiaChina.jpg)
China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis
Tan berkata, China bakal memperkenalkan dasar agresif bagi memperkukuh ekonominya sejajar perkembangan terkini di negara itu.
![Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722833354_Duitjutakela.jpg)
Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS
Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.
![Pengukuhan ringgit berterusan bagi hari ke-10, tertinggi dalam 14 bulan Pengukuhan ringgit berterusan bagi hari ke-10, tertinggi dalam 14 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Pengukuhan ringgit berterusan bagi hari ke-10, tertinggi dalam 14 bulan
Pada 6 petang, ringgit mengukuh ke paras 4.4945/4995 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.5675/5710 semalam.
![Ringgit ditutup cecah 4.5675, paras tertinggi dalam setahun Ringgit ditutup cecah 4.5675, paras tertinggi dalam setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit ditutup cecah 4.5675, paras tertinggi dalam setahun
Perkembangan itu sebagai reaksi pasaran yang positif terhadap kenyataan terbaharu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS.
![Ringgit teruskan momentum mengukuh, ditutup pada paras 4.63 Ringgit teruskan momentum mengukuh, ditutup pada paras 4.63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit teruskan momentum mengukuh, ditutup pada paras 4.63
Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan mengakhiri urus niaga di paras 4.63 pada Isnin.
![Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722243690_TBRAFIZI.jpg)
Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi
Malaysia mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2027 sekiranya ekonomi negara tumbuh empat hingga lima peratus setiap tahun.
![Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS
Ringgit menutup minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS, pada 4.6550/6605 hari ini berbanding 4.6600/6625 yang disaksikan semasa penutup Khamis.
![Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6705/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6745 pada akhir urus niaga semalam.
![Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini
Ia susulan kepada potensi Fed menurunkan kadar faedahnya dan BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.